Wednesday, May 19, 2010

:: Makan Durian::

Salam,

Alkisah hari ini,saya mc terkejut...sebab bangun pagi perut sakit giler cam kena sengugut .Nak nangis rasa..3 kali ulang alik ke toilet kot2 nak melepas ke kan..tp tak jadi.So,aku sms sume team aku bgtau aku mc arini.
Pukul 11 pagi gerak g klinik fauziah ..masuk2 je doc tanya aku sihat ke x..aku ckp sihat alhamdulillah cuma sakit perut sangat2..tibe2 mata dh berair nak nangis..
doc:nape?
aku: agaknya mkn durian mlm td doc...
doc:ha!! muna mkn durian bnyak ke??
aku: tak bnyak 3 ulas je doc..
doc: mana boleh mkn durian..coz panas.Ada org dh bersalin mkn durian coz kontraksi...Awak jgn bersalin awal..bb x cukup bulan lagi tu..
aku :sy dh lama x mkn tu rasa nak makan ..
doc: senyum2...ada pendarahan?? bb gerak2 x??
aku: takde pendarahan..bb ok gerak nya..
doc: pasni jangan mkn lagi ek durian..sampai habis pantang..yer
aku: ok doc..

*****************
Selepas tu ,aku sms hubby citer ...apa doc ckp.Hubby bls balik tu la abg ckp tak nak dgr..siap berebut durian lagi tak kasi abg mkn..bb tu panas...bla..bla..bla..membebel laki aku..




::Urutan Bayi::

Panduan untuk mengurut bayi anda


Siapkan semua peralatan seperti tuala, selimut dan minyak bayi.

Ambil masa, beri perhatian pada bayi sepenuhnya, elakkan memikirkan hal-hal lain yang mengganggu fikiran anda.

Tanggalkan cincin, gelang dan jam tangan.

Pastikan persekitaran adalah nyaman tetapi hangat. Tutup pendingin hawa dan kipas.

Anda juga harus berada dalam keadaan yang selesa.

Tanggalkan semua baju bayi, tinggalkan hanya lampin.

Tutup badan bayi dengan selimut untuk mengelakkan bayi kesejukan.

Sambil anda melakukan semua ini, sekali-sekala bercakaplah dengan bayi anda dengan suara yang lembut.

Letak sedikit minyak atau losyen pada tangan anda dan gosokkan kedua-dua tapak tangan anda untuk menghangatkan minyak tadi.

Mulakan dengan urutan yang lembut, pastikan bayi selesa dan mahu diurut.

Hentikan urutan jika bayi tidak mahu diurut. Cuba lagi di lain kali.

Kebaikan untuk bayi ialah:
Menenangkan bayi
Mengurangkan rasa tidak selesa
Menolong sistem penghadaman bayi
Membantu mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak
Melancarkan pengaliran darah
Memperbaiki sistem pernafasan



Kebaikan untuk ibu bapa:

Membantu ibu bapa memahami reaksi bayi
Membantu mengeratkan hubungan di antara ibu dan anak.
Meningkatkan harga diri
Mengurangkan tekanan

Teknik Urutan Bayi

Muka

Urutan muka dimulai dengan mengusap wajah bayi ke arah kiri dan kanan dengan kedua tapak tangan.
Selepas itu tekan lembut di tengah dahi, dan buat gerakan ke samping kiri dan kanan.
Buat lingkaran-lingkaran kecil di pelipis, juga ke kawasan pipi di bawah mata.
Kedua ibu jari mengurut alis dari tengah ke tepi kiri dan kanan.

Contoh teknik lain mengurut wajah bayi:
Bedakkan pada hidung. Hidung bayi "dicolek" bedak dengan jari telunjuk ibu.
'Seterika' dahi dengan tapak tangan.
Cincin mata - buat lingkaran di sekeliling mata dengan hujung jari.
Lingkaran di pipi - buat lingkaran di pipi mula-mula besar kemudian makin kecil.
Gerakan mencubit-cubit kulit pipi.
Menempelkan telapak tangan di pipi lalu digoyang-goyangkan.
Gerakan bersiul - usahakan agar mulut bayi dimuncungkan.

Selain untuk mengurut wajah, teknik urut ini juga boleh dilakukan untuk bahagian lain badan.

Dada
Dada dipicit dengan telapak tangan membuat gerakan dari tengah dada ke samping.
Atau, gerakan membentuk gambar jantung dengan meletakkan hujung jari ibu pada ulu hati.
Cara lain, gerakan seperti membuat gambar jantung kecil di sekitar puting bayi.

Tangan dan Lengan

Urut tangan dimulai dari atas lengan bayi, tangan kanan dan kiri anda bergerak seperti memerah susu. Atau, kedua tangan melakukan gerakan memeras, memicit, dan memutar secara lembut pada lengan bayi.

Untuk telapak tangan bayi, gunakan kedua ibu jari anda, buat lingkaran-lingkaran kecil. Sementara keempat jari anda memijat bahagian belakang tangan bayi.

Jari bayi dipicit satu persatu ke arah hujung jari dengan gerakan memutar. Gerakan ini diakhiri dengan tarikan lembut pada tiap ujung jari.

Lengan bayi dipicit dengan gerakan menggulung dari kedua telapak tangan anda. Kemudian kedua lengan bayi dirapatkan ke badannya dan diusap lembut.

Kaki

Urut kaki dengan cara memegang pangkal paha bayi, lalu tangan digerakkan ke arah pergelangan kaki seperti memerah susu. atau, dua tangan bergerak bersamaan, dari pangkal paha dengan gerakan memeras, memicit, dan memutar kaki bayi secara lembut.

Telapak kaki diurut dengan kedua ibu jari. atau, buat lingkaran-lingkaran kecil pada telapak kaki.

Jari kaki dipicit satu persatu dengan gerakan memutar menjauhi telapak kaki, dan diakhiri dengan tarikan lembut pada setiap hujung jari. Bengkokkan juga setiap jari kaki bayi dan luruskan semula.

Betis diurut dengan kedua ibu jari.

Seterusnya kedua tangan membuat gerakan menggulung ke arah pergelangan kaki. Akhirnya, kedua kaki bayi dirapatkan, dan dengan halus kedua kaki bayi diusap dari atas ke bawah.

Perut

Untuk mengurut perut, lakukan gerakan pada perut bayi seperti mengayuh basikal, dari atas ke bawah, dengan telapak tangan kanan dan kiri secara bergantian.

Seterusnya, gerakan membengkokkan kedua lutut bayi secara lembut hingga menekan ke perut bayi.

** kredit to http://anakbonda.blogspot.com

Wednesday, May 12, 2010

:: Syukur dpt bertemu dan menolong ::

Salam,

2 hari lepas anak murid mak aku call bertanyakan pasal Score A.Dia plak PMR thn nie.So,Isnin ptg tu wat temujanji g umah dorang kat Laksamana.Dorang ni duk umah flat perumahan untuk penduduk setinggan.Ada anak 5 org.Isteri tak bekerja.Suami plak keje TM bahgian teknikal keje bwh tanah la.Masa sampai tu si ayah takde coz g keje.Jadi mak aku n angah la yg terangkan dr A- Z pasal Score A.Memandangkan umah dorang ada internet senang la kami tunjuk terus portal Score A tu.Memang teruja habis la satu family nie.
Habis terangkan semua2 nie..si ayah sampai umah.Dia secara jujur nya bgtau
*dia tak tau guna internet
* titik beratkan pendidikan anak dia
* suka coz ada pakej penjimatan yg membolehkan semua anak leh guna
*sambil bg anak pandai..leh gak buat bisnes dan pakai free

Isteri dia ckp kalau nak register kena bayar dulu..padahal mak aku tak kisah pun kalau tak bayar penuh leh bayar berapa kali pun..Tp si ayah terus bg rm 1000 dulu selebihnya rm788 akan dibayar kemudian.Si ayah bgtau "nak pakai duit yg banyak gak ek untuk bg anak belajar".Begitu teruja dan bersungguh2 si ayah ini.Sanggup berkorban apa saja nak anak2 dpt pendidikan yg terbaik.
Masa adik aku citer tu ..sayu dan rasa nak nangis..rasa bersyukur sangat dipertemukan dgn insan yg susah..dpt tolong insan2 yg camni.Lagipun matlamat kami buat bisnes pun..nk tolong org susah.Isu wang ringgit tolak tepi .yg penting kita BERKONGSI IKHLAS.Insyaallah Allah swt akan permudahkan.
Amin..amin..

Tuesday, May 11, 2010

:: Hubby eksiden ::

Salam,

Hari Selasa smlm hari yg bahagia wt aku..coz hubby hantar aku g keje dan amik aku balik keje.Kalau tak masuk 9 bulan hubby nak hantar aku.Tp aku ckp ayah ayg suh abg hantar ayg coz ayg tak larat nak drive dh.Sesungguhnya ayah aku memang risau anak kesayangan dia .hehehe!!Yerla sebab dr kecik sampai besar semua ayah aku hantar dan amik.Biarlah org ckp anak manja ke..tp aku peduli apa.Untung tau dpt ayah yg sangat prihatin.Abaikan citer melalut aku nie..
Akhirnya hubby pun hantar la aku g keje..balik aku tunggu sampai kul 6.30 baru sampai.Memang anginla kan coz aku biasa balik sharp 5.30.Bab menunggu ni memang MALAS bg aku.Masuk2 keta hubby sengih2..aku plak ngn muka toya & bengangnya..dh start membebel..sampai letak beg aku kat belakang..aku perasan ada satu batang yg panjang atas seat blkg.Hubby dh tolak2 muka aku jgn tgk belakang..
Tp aku degil gak..apa lg aku menjerit la..ni bukan rod pancing ke!!ooo..patutla lambat g memancing ek.,.org punyala tunggu ..mujur cepat skit,kalau tak ayang dh beranak kat sini tau.
Sambil2 mulut membebel..tangan aku cam biasa la mencubit..Sekali aku perasan siku dia berdarah.Rupanya pas Zohor ondaway dia g bank..dan nak elakkan lori dia sempatla membrek motonya..tp moto belakang pasangan couple ni g langgar nya eksos moto hubby.Sampai dia jatuh,mujur sempat tahan dgn siku.Budak tu siap mintak maaf ,hubby plak maki hamun coz dia follow dekat..mujur awek dia tak tercampak.Hubby suh ganti plat moto dia patah Rm6.Awek dia terketar2 tangan masa nak hulur duit.Moto je calar.Mujur hubby takde apa2..
Balik keje terus g Klinik Fauziah..doc terkejut ingat aku naik sekali moto..Aku ckp tak dela sy wt keje giler camtu.Sampai umah aku membebel lagi.."tu la ckp bini tak mo dgr...kan dh eksiden..padan muka!!"Kejam kan ayat aku..hahhaha!!"Ayang dh ckp jgn g mancing lagi..tak kira la teman je ke apa ke..lain kali buat lagi"..Rod pancing tu jaga elok2..ayang takut kalau ayg mengamuk..rod yg beratus tu patah sekelip mata jer.
Hubby diam jer..maklumla tgh sakit.Yg best tu kalau aku membebel dia senyap jer..paling kuat pun dia tutup mulut aku suh senyap..katanya memebebel jer..:-)

*** hari ni 12/5 aku drive coz hubby sakit2 badan ***

Sunday, May 9, 2010

::MAP - Motivasi Alihan Pelajar ::

Salam,

Hari minggu lepas adalah hari yg sungguh sibuk,sungguh memenatkan..Menyiapkan adik aku yg bongsu punya assigment Pendidikan Seni.Ada ke kena buat slide power point untuk pelajar tingkatan 2.Adik aku dh la duk jauh nun di KKB tu.Giler tul cikgu mrsm kan..Mujur angah ada cari maklumat..aku plak tukang masukkan dlm slide.
Pagi tu plak g hantar si amy g MAP kat Jln syed putra..belakang Istana Negara Wisma tu.Actually tempat tu adalah kem motivasi alihan pelajar yg dikendalikan oleh Dr Tengku Ismadi selama 2 hari.Hantar si amy bg semangat sikit kat dia nak exam ni.Kalau tak keje nak tido je dia.PMR nak dekat dh nie..Hari Ahad plak petang dlm kul 5,ada sessi bersama ibu bapa.Aku dtg teman mak..best gak dpt kongsi dan tips dr Dr Ismadi nie.Since anak aku tak keluar lagi..so ilmu pasal keibu bapaan ni kena tau la gak kan.Apa yang boleh buat..dan apa yang tak patut kita buat.
Habis kem tu..aku keluar awal coz nak terjah booth yg jual buku2 motivasi,ubat mida la..cd la.Aku beli cd rukyah dan buku Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif .

Buku Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif adalah buku kedua tulisan Dr. Tengku Asmadi telah diterbitkan oleh PTS Millinnea Sdn. Bhd. Harganya cuma RM15.00 sahaja dan pastinya ia ditujukan kepada ibu bapa yang mahu mengetahui rahsia memotivasikan anak-anak mereka agar menjadi anak-anak yang cemerlang.
Antara topik-topik yang dibincangkan ialah Jaga Pemakanan, Pendekatan Emosi, Teknik Memuji Berkesan, Menjaga Kredibiliti, Kenali Anak Anda, Tingkatkan IESQ Anak-anak dan sebagainya

*** Siapa2 ada hajat nak hantar anak-anak,aku syorkan g kem ni..Harga seorang anak RM300.Amat berbaloi dan berkesan ***

Thursday, May 6, 2010

::32 Weeks !! ::

Salam,

Semalam aku amik cuti ganti 1 Mei ...Agenda hari tu
1. Checkup kat Klinik Fauziah
2. nak g Sara Kids kat Shah Alam beli pump susu
3.g Hospital Selayang bahagian Wad bersalin
4.Singgah beli pisang kat pasar borong
5.G umah mak

Syukur alhamdulillah,doc senyum puji bb dh pusing coz tangan dia rasa kepala bb kat bwh dh..punggung bb kat perut kiri and kaki blah kanan..bentuk cam "C".Patutla aku rasa cam semput je..masuk 8 bulan ni baru terasa ketidak laratan aku..2 minit berdiri ke berjalan ke..dh tak larat dh..memang takde mood.Mujur la hubby buat lawak sepanjang pergi and balik.Dhla satu hari dia tak leh tido coz aku tukar position tido.Amik tempat dia..coz senang aku nak bangun tgh mlm g toilet..Tak sangka plak dia tak leh tido.
Sampai Sara kids..cam2 aku tanya budak tu..pasal pump la itu la ni la..Aku amik pump spectra double pumping set..dptla beg stylo mama,sume2 tu la..dlm rm630.Nak beli dr internet sama je nak bayar postage lagi.Harap2 lehla menyusu sampai 2thn ke kan..Actually aku takut sebenarnya..tapi tak mo la pk negatif awal2 ni kan..Pejam mata je bayar pump tu..rasa cam berbaloi ke apa aku beli nie..nanti.Pastu singgah umah mak amik barut bb yg dh siap..mak happy bila aku ckp bb dh pusing dh.Singgah pun kejap je coz aku nak balik dh..nak tgk Adamaya..hehehe!!
Sambil layan tv,aku kemas2 skit umah..kebetulan mak mertua aku siram pokok bunga dia..dia lepak kat umah jap tgk brg apa aku shopping..aku explain la..terkejut gak dia tgk mahal aku beli pump tu kan..aku ckp beli pun senang coz aku keje nanti takkan nak balik umah plak kan..pastu jimat skit beli susu.Mil ckp betul gak..coz bb minum susu tin ni cepat lembik..Oh! lupa nak citer..berat bb skg 2.04kg..maybe nak lahir nanti 3kg doc ckp..Pastu berat aku naik 1.5kg selama 2 week..menjadi kan skg 71.5kg.
Pasni nak beli storage susu plak..pampers bb aku tak beli lagi ngan set jamu tu..tak tau nak beli brand apa.

*** hati berdebar2 tinggal sebulan lagi **

Monday, May 3, 2010

:: Kaki krem ::

    Salam

   Pagi nie drive dengan keadaan yg mengantuk giler ..teman hubby mkn mlm td,cari lagu bunkface lagi sambil hubby picit-picitkan kaki.Dia nak lagu extravaganza dr Bunkface untuk download dlm hp.Tunggu lagu tu siap kat 20 minit..slow tul coz kongsi wireless ngan umah bwh.Kat kul 1pagi baru aku tido..hubby kat sebelah duk search internet lagi coz dia lambat tido..kul 4 lebih baru la masuk tido..layan bola la..mkn la.Pas Subuh aku terjaga coz aku mengeliat over sangat sampai kaki aku tiba-tiba krem..apalagi menjerit aku berpusing2 la ..hubby terkejut terus bangun..nape ni yang..aku ckp kaki sakit..krem.Hubby suh luruskan kaki.Tp aku takleh coz rasa cam urat kaki tersimpul2 dh.Nak nangis pun ada.Pas hubby urut2 kaki aku..aku rasa lega.Hubby leh plak ckp.."ayg ni buat abg terkejut je..ingat dh nak terberanak td"..hehehhe!!sorry kacau abg tido..Pas Subuh sampai aku g keje hubby tak leh tido..sian dia.Tp takpe bukan selalu..Actually tido memang aku sapu minyak angin & pakai stoking..kaki pun letak tinggi sikit..

                                  *******Khamis nie amik cuti ganti 1 Mei *******

Saturday, May 1, 2010

:: Air Selusuh::

Salam,

Adik aku si angah baru balik dari kg...bawak sepupu dari Kedah dgr NDO Score A kat UIA Sabtu hari nie..Nenek aku yg aku panggil Tuk..kasi air selusuh kat aku suh minum.Mula-mula takut gak nak minum..rasa apa la yer..Tanya mak aku..rasa apa..mak ckp air biasa la..cuma dibacakan ayat2 al quran la.Tuk Ngah aku buat..air selusuh itu.Tapi aku minum secawan je..baca selawat 3x,al-fatihah n niat la dlm hati.
Air yg lebih tu minum dekat2 nak bersalin nanti..Huh!!cepat je rasa..skang dh masuk bulan 5 dah.Hujung bulan 6 dh nak bersalin dah.Hari nie je keluar ngn mak beli kain buat cadar baby and beli kain bengkung aku.Tinggal nak beli pampers baby je yg new born nya.Baju semua aku dh basuh..mlm aritu gak pas kena bebel ngan niza kawan aku dan kak etty yg tak jemu-jemu kongsi citer and nasihat.tq banyak2..Yerla kat opis tu sape aku nak tanya..time dorang dtg buat uat la aku ada masa nak borak2..Kalau tak aku duk diam la..rasa berat nak buka mulut.hehhehe!!
Next week ingat nak amik cuti ganti g Klinik Kesihatan selayang tu daftar..walaupun doctor fauziah dr klinik panel bgtau tak yah daftar2 ni..Tapi mak aku plak bising coz kalau daftar at least pas bersalin nurse akan dtg beberapa hari tgk kita..mandikan baby..and jaga kita dlm pantang coz nak tgk kalau-kalau baby kena jaudis ke kan.Leceh tul nak kena g awal pagi..beratur amik no..tula aku tak suka bab menunggu nie.Penat
tu..
Dhla sekarang tak larat..duk tak kena..baring tak kena..berdiri tak kena..semua serba tak kena...1 badan sakit-sakit..Apa yang pasti nak buat keje memangla teramat slow dan tak bersemangat.Aku rasa prestasi keje aku merundum giler-giler..dgn dtg lambat nya..selumber aku jer.Nak harap hubby hantar dia plak keje tak tentu masa..Baik aku drive jer.Sampai aku ckp kat hubby "Rasanya sampai ayg bersalin la kot ayg drive kan..g sendiri hospital bila nak beranak nanti.."nada perli .Hubby diam jerkkk..

*** Semoga semua nya berjalan dgn lancar ***


:: Sessi Melawat Adik ::

 Salam,

Last 2 week kami sekeluarga pergi melawat adik bongsu yg belajar kat MRSM KKB...Memandangkan si kembar balik dari uitm..kami ramai2 la g melawat.Lama ooo kami tak kumpul ramai-ramai.B4 tu kembar dah masak spagethi sardin dh..tp rasa x best la coz first time rasa sardin..Rasa cam lain macam.Balik dari KKB tu jem nya la teruk ...maklumla kempen pilihanraya kat Hulu Selangor.Sana sini dorang edar risalah time sesak-sesak tu..Mujur ikut Ulu Yam..dekat skit nak balik ke rumah.Kalau ikut rawang mau kul berapa sampai umah..