Thursday, December 30, 2010

~ Nyum..nyum..Alya makan~

Salam,
Alya dh leh makan dah..So what???hahhaa.saje nk bgtau semua org..je.Tp aku tak excited plak dia makan.
Sebab aku pening nk bg dia makan apa.Macam takutnya nk sumbat makanan.Rasa nk bg dia bf je.Alya plak memang suka menyusu..siap buat bunyi cam mengah..Aku rasa klu bg bf lagi best..sebab best tgk dia minum susu.Walaupun agak main2..guling2 pastu dtg balik minum.hahhaha!!
Aku dh bg dia puri carrot..habis 2 kiub.Pastu bg labu 2 kiub..ada baki 2 sudu camtu.Pastu brokoli..yg ni 5 suap je.Masa bg labu tu aku cuti.MIL plak naik tgk Alya masa aku tgh bg Alya makan.Terkejut gak coz aku bg Alya makan labu.Kaw2 aku blender.Siap tanya mak aku pernah bg ke camtu.Aku ckp aku tak pasti plak.Tp aku bg je Alya.
Balik umah mak aku..aku tanya la..rupanya memang mak aku bg pun.huhuhu!!selamat.Masa injection 6 bulan ada gak aku tanya doc boleh ke bg puri.Dia kata yg Heinz tu ke.Dia ckp boleh.Tp aku ckp kat doc tu,saya x bg yg segera tu.Sy buat sendiri..blend pastu buh dlm tray ice.Doc cakap bagus..pandai kamu,,Hehehe!!kembang semangkuk kena puji.
Aku suka doc fauziah ni..lawa..pastu bnyakla bg nasihat dr awal peknen sampai skg.Sokong penyusuan 100%.Tu yg aku semangat tu dan ikut ckp doc.Orang lain ckp aku bangkang.
Aku ni bukan la nk berlagak sgt pun..tp aku memang suka membaca..Majalah PAMA tiap2 bulan aku beli.Sambil keje aku dok baca blog org pasal parenting la itu la ni la..so ilmu tu aku pratikkan la.SEMUA
DIHUJUNG JARI..
Masa ni sedar sikit nape la family aku bising suh blaja..blaja..blaja..kan.Kalau tak blaja..mula la jadi katak bwh tempurung..ikut budaya org lama-lama.heheheh!!

Thursday, December 23, 2010

~ Alya meragam~

Salam,

Salam pagi di hari Jumaat..Anyway,nk citer pasal budak tomey Alya  Adriana ni..
Mlm td nape tah bis learning time kul12mlm td..Alya mengamuk giler.Waaa..ini budak dh pandai mengamuk oooo..Salin pampers berguling2..Adake nk main pampers baru tu..Bile amik..melalak tak ingat.Cepat2 aku pujuk coz takutla semua naik atas tgk apahal la alya ni kan.hehehe!!
Bg susu x nak..merajuk latu.Tp aku sumbat gak..last2 minum.Tp mulut masih membebel sambil ngis.Papa alya dh gelak..kelakar.Sambil aku menyusu ,papa alya buhla minyak yuyi kat perut..kat kaki.Ok fine,dia diam dan gumbira plak mlm2 ni.Adehhh..ngantuk ni alya.
Dia nak pusing2 satu katil tu..asal aku alih dia mengamuk.Camne nak tido nie..zikir2 n baca buku cerita baru dia ok dan terlelap..kat kul2 pagi gakla tido.Pastu 3.30pg aku terjaga dia nangis kaw2..tp mata tutup.Pujuk2..ok balik..ZZzzzz..Pap!!4.30pg plak dia nangis..adoiii..selang sejam.Sampai 1 badan aku naik sakit..pening n ting tong..Papa dia sedap je tido..huhuu!!
Before nk g keje td..dia leh terjaga plak..sempatla menyusu kan Alya.Dia saje lambat2 minum..jap2 lepaskan nenen & sengih.Pastu minum balik..Nak kena puji2 dulu baru la dia kenyang dan lepaskan aku..
Jadi hari ni ke opis dgn ngantuknya..

Tuesday, December 21, 2010

~ Susu BioLac dan Growell~

Salam,
Ketika entry ini dipostkan.Alya sekarang 5bulan lebih.Lately nie,Alya minum susu amat kuat dalam 20++oz sehari.Habis licin susu EBM aku.Adoi..hari nie pam baru dpt 3 botol kat opis.Maknanya gigihlah diri ni nak pum 3 botol lagi untuk esok.Last2 dan berat hatinya aku terpaksa campur gak.Jadi stanby kan susu biolac brand era edar.Dulu masa peknen amik Salindah.So,continue product dia la.Tp stok ebm aku tetap bekalkan kat MIL.
Alya plak dh start mkn 5bulan 2 week.MIL bg Alya makan tepung beras.So far ok je Alya makan.Bajet nk bg dia makan 6bulan.Tp tau2 je Alya dh mkn.Adoii..nak buat camne..(wlupun rasa bersalah)..tp Alya ni nak makan je keje.So,dr bg tepung beras yg tak de nutrien tu..(ceh..pandai2 je aku)..Aku beli lg satu produk era edar iaitu Growell.Growell ni leh makan dr umur 4bulan.Jom tengok apa yg ada kat Growell nie..



Makanan bijirin beras dan melukut, ditambah garamtisu biokimia. Amat baik untuk bayi dan kanak-kanak berumur 3~ 12 bulan. 
  
GROWELL menolong penghadaman dan menambah selera, menjauhkan kembung perut, sembelit dan ragam tangis, menyenyakkan tidur, membantu membina darah, tulang, gigi, menguatkan otot dan sendi, menghindarkan penyakit kulit dan membantu perkembangan akal yang cerdas. 

 Biolac :
 
Merupakan serbuk susu dari susu yang dipasteur, mengandungi kombinasi garam tisu Biokimia yang diformulasikan oleh Prof. Dr. Azizan Ismail.


Keistimewaan tambahan garam tisu biokimia:
  • Kesuburan, pertumbuhan dan pengembangan fizikal, emosi dan mental
  • Kecergasan dan kecerdasan
  • Mencegah gangguan kesihatan, demam, selesema, batuk dan ruam
  • Menyihatkan kulit dan rambut, menguatkan tulang dan gigi
  • Membuang bahan toksid dalam badan
  • Membaiki penghadaman, pencernaan dan perkumuhan
  • Mengurangkan ragam tangis dan memudahkan penjagaan













Monday, December 20, 2010

Bahasa Bayi! Adakah Benar Bayi Berkomunikasi Melalui Tangisan?

Biasanya, setiap kali bila bayi menangis, ibunya akan terus menyusukannya. Sebenarnya, lapar bukanlah satu-satunya sebab bayi menangis. Selain dari lapar, bayi akan menangis bila menghadapi keadaan-keadaan seperti penat, kembung perut, tidak selesa, perlu sendawa dan beberapa sebab lagi.


Seorang ibu mendakwa bahawa beliau boleh berkomunikasi dengan bayinya dan faham apa kehendak-kehendak si comel bila mereka menangis. Pendek kata, beliau boleh faham 'bahasa bayi'.
Dengan meneliti bunyi tangisan bayi, beliau boleh bezakan sama ada bayi tersebut, penat, letih, tidak selesa, perlu sendawa atau sebab-sebab lain.

Jika seseorang ibu itu faham sebab-sebab bayi menangis, tidak akan timbul masalah bayi tersebut menangis berpanjangan kerana apabila kehendak bayi itu dipenuhi, sudah pasti dia akan berhenti menangis.

Menurut ibu tersebut, tangisan bayi bukanlah satu bunyi yang dihasilkan secara rawak, tetapi ia adalah satu bentuk komunikasi oleh bayi bagi menyampaikan keinginan mereka.

Tangisan adalah merupakan 'bahasa universal' bagi bayi. Buktinya, teknik yang digunakan oleh si ibu ini telah diuji oleh lebih dari 1000 bayi dari 30+ bangsa seluruh dunia.

9 daripada 10 ibu-ibu memberikan respons yang positif terhadap teknik ini.
70% ibu-ibu melaporkan bahawa mereka lebih yakin dan selesa setelah berjaya mengenalpasti teknik ini.
2 daripada 3 bapa melaporkan bahawa tekanan emosi yang mereka hadapi berkurangan dan hubungan rumahtangga yang lebih harmoni.
Anda tak percaya?
Salah seorang dari ibu tersebut telah membuktikan fakta ini dengan menggunakan rakaman video anaknya sendiri.
 Nak tengok? KLIK SINI.

Tuesday, November 30, 2010

::Wedding angah::

Salam,

Sabtu 27hb adik aku angah nikah.So,majlis nikah buat kat surau.Tempat sama ngan aku nikah dulu.Gambar sebenarnya banyak tp camera kat adik aku.So dapat yg ni je la...layannnn...









Monday, November 22, 2010

~ Busha oh busha!! ~

Salam,
Arini mama Alya dpt bungkusan dr pos laju.Mama Alya beli 7 helai suar dr online shop.Banyakkan??Seluar busha 4 helai 3 lagi seluar cotton bunga2.Jd jumlah kt Rm50.Beli time sale memang berbaloi2 kan.Alya boleh pakai masa merangkak nanti.Mesti comel minah ni pakai.Mama Alya beli suar je coz baju Alya atok & sepupu Mama Alya bg punya lah banyak.MIL plak tiap2 bulan bg 2 pasang baju..jimatla skit kan.

                                                        yg atas ni lah busha alya
                                                      pink color..lawa
                                                                           rama2 biru
     
hijau menawan

*** kena beli suar panjang coz atok dia x mau calar balar kaki cucu dia****

Monday, November 15, 2010

~ syoknya ada kedai~

Salam,

Lama x update kan..biasalah bz sokmo.(bz la sgt).Dah 4 hari dh tak sihat sgt.Demam+ selsema+batuk semua lah.Hari ke 1 demam tu memang lembik giler la.Makan apa je muntah.Kuar masuk toilet tah bape kalila.Sampai nak mandikan alya pun tak larat.Mujur papa dia tolong mandikan.
Mengah gak la papa dia nak mandikan.Debabbbb dan babam alya ni.
Oh ya..skg ni aku tgh wt bisnes yg mendatangkan duit.Yerlah dr buang masa duk berfb bazir elektrik dan membayar streamyx je..baik wt bisnes.Aku wt bisnes jual cadar Beethoven.So sape2 nak tgk,sila taip Alya Beethoven .Anda akan jumpa pelbagai design,warna cadar yang menarik dan membuatkan mata anda seperti magnet yg melekat..hahaha!!Skg ni tgh ondaway wt blog untuk menjual cam2 produk lagi.Awal thn depan akan di launchkan.Semoga bertambah2 rezeki.Amin.

Sunday, October 31, 2010

:: Alhamdulillah..bersyukur::

Salam,
Anyway..dr mana nak start citer ni..blur jap..
Oh ya! sungguh lama mama Alya bercuti..mana tak nya tiba2 stok susu EBM Alya habis..bajet ada lagi 3 botol.Tp tibe2 datang bulan yang pertama.Aku rasa la coz yg ni lama .Mybe yg bulan lepas tu aku g minum air halia+sireh n apatah lagi..jiran bagi.Dia rajin buat jamu2 ni.Disebabkan minum tu la kuar segala darah2 kotor.tapi 2 hari je.
Bulan ni nya ,first time aku pump 2 2 belah hanya dpt x sampai 20z.Isk..memang sedih giler la.Aku pump sampai berderai la air mata ni.Tapi tetapkan positif ada ni susu.Sampai la esoknya hari ke 2..aku call kak farah dr Sarakids.Tanya nape camtu.dia explain semua tu normal.Tp jgn pk sangat.Aku cuba kuatkan semangat..tapi still camtu.Husband plak bg semangat supaya aku jangan down.Yerlah aku kalau boleh nak bg la Alya ni susu aku..x mo la susu lembu kan.
Now..dh ok dan aku happy susu kembali meriah.Alhamdulillah.Sungguh berat ujian drNya.Namun aku bersyukur.

***kembali senyum***

Sunday, October 24, 2010

::Alya meniarap:::

Salam,

2 hari lagi Alya Adriana nak masuk 4 bulan..cepatnya masa berlalu..Alhamdulillah,setakat ini Alya baik,tak meragam..13hb10 aritu Alya dh boleh meniarap.Tp tak boleh lama2..mulala dia nangis.
Sekarang jangan citer la laju je dia pusing..dan boleh la stay lama sikit masa niarap.
Kebelakangan nie nampak dia mula angkat montot dia nk gerak ke depan.Cepatnyaaa progress dia..
Oh Alya skang pandai dh nyanyi..lagi2 kalau pasang lagu Maher Zain..Lawak tul makngah dia cerita.Sebab makngah Alya jaga Alya seminggu ni coz MIL balik kg ada hal.
Jom tgk aksi Alya meniarap.........

                                              Bangun tido terus meniarap..muncungjeee..

                                                    Taraaa...kuatnya saya    


 
Alya pandang chipmunk

Amoiii..ramai org ckp anak cina..

Thursday, October 7, 2010

~ Your baby can read ~

 Salam,

Hari ni hari Jumaat 10hb 8 ye kawan2..Actually excited and gumbira coz kak wati yg ku kenal dr blog call aku mlm td.Tak sangka dia akan call.Mulanya aku beli brg flash card dr dia..pastu tanya camne nak try kat Alya ni..So,klu nak bgtau dlm facebook cam tak sesuai plak.
Jadi dia call aku 9lebih mlm td..borak2 sampai kat setengah jam tu..Peramah sungguh dia.Aku selalu ikuti blog dia b4 aku kahwin lagi..sebab tu b4 aku peknen aku praktikkan apa dia buat.B4 peknen aku g beli cd2 education..mana yg bagus aku beli.Pastu time peknen around 7bulan keatas aku tgk cd tu..wlupun bosan aku gigihkan la diri ni tgk gak..Bayangkan la,kita dewasa nk tgk citer budak2..memang bosan la kan.
Pas pantang masuk Alya 2 bulan lebih aku bukak balik cd tu..dia nk tgk ke x aku tak kisah.Tp dia cam berminat..agaknya pernah dgr kot...heheheh!!
Apa yg kak wati ajar sungguh bermanfaat.dan aku teruja bb Zayra yang comel tu boleh kenal dan amik perkataan yg mummy dia sebutkan..Pandai kan..Kak wati ckp sebab tu awal2 ni kena stimulate kan brain bb ni.Kita bukan ajar dia..tp kita main ngan dia.Kalau dr awal kita train insyallah menjadi.Aku pun tak harap la Alya tu lebih2..cuma apa yg terbaik untuknya aku sediakan.
Boleh dikatakan setiap bulan duit aku habis kat buku,cd la..klu bab lain memang aku berkira sangattt..Tp kalau bab pendidikan sanggup berhabis.Rasa cam bestje..Terima kasih juga pada hubby ku syg dan family aku yg banyak support bg motivasi .masa untuk anak dan cucunya..Sampai mak aku ckp..nanti beli cd iqra leh dia belajar.
Takpelah ..skg aku tgh buat eksperimen ngn Alya..buat masa ni dia suka dgn apa yg aku buat.Sampai papa dia pun speaking ngn dia..kalah aku plak.Yerlah papa n mama alya tak pandai sgt English ni..tp bolehla belajar sama2..kan.

Tgh buat koleksi cd ni..harga rm26.90 untuk setiap cd..

*** Ya Allah permudahkan aku untuk mendidik Alya Ariana menjadi budak yg baik,bijak ,solehah,dan ikut perintah MU..Amin ***

: Konvo Angah :

Salam,
Ahad lepas aku hadiri konvo adik aku kat UIA Gombak..5.30pg dh bangun dh coz Alya jaga nak susu.6pg gak la dia kena mandi.Sian pagi2 kena mandi dh..Mandi air suam..tp dia nangis kuat ..agaknya sejuk.Mak aku tambah lagi air panas..baru dia diam..Suka dia mandi.Yerlah kalau nk berjalan suka aje..
Alhamdulillah g sana pun dia x meragam..cam biasalah tido je..bangun jap main..lapar minum susu balik..tido.





Tuesday, October 5, 2010

: Alya 3 bulan :

Salam,
27hb 6 aritu genapla Alya Adriana 3 bulan..Semakin montel,babam dan comey..
Huh! semangat badan nya..dh boleh mengiring dan tgh ondaway nak meniarap..Semoga Alya Adriana sihat,bijak,dan jadi anak yg baik serta solehah.Amin
Thank you..



Saturday, September 25, 2010

:Milestone Alya :

 Salam,
Alya x lama lagi nak masuk 3 bulan dah..Progress Alya masa 2 bulan antaranya ialah:
1.Pandai mencari suara yg memanggil nama nya
2.Pandai bising mulut ..borak je keje dia
3.Suka tido
4.Pandai menjerit kalau lambat bg susu
5.Kalau tido tu tau2 dh jatuh bantal..makin ke bawah..Lasak gak la
6.Suka tgk tv..channel tv-IQ Astro (sbb citer tu je aku bg tgk..yg lain vcd la)
7. X suka ngn barang mainan (mujur beli 3 je),lebih suka buku.
8.Suka kalau mama dia baca buku baring sebelah..dia pun nk ikut sama baca..
9.Tak nak baring kalau dukung..mesti tegak
10.Suka gelak kekekeke..bila di agah.
11.Suka mandi..tp nak berdiri je

***banyak lagi..tp itu je la..wt masa ini..sekian ***

Thursday, September 16, 2010

::Salam Aidilfitri .Maaf Zahir Batin::

Salam,


    Hari ni hari ke 8 kita dalam mood raya...Hilang penat raya pun tak habis lagi.Tahun ni aku beraya ngn suami dan anak tersayang.Sangatla gumbira nya tak terkata.Alya pun dapat duit raya dari dua2 belah atok dan nenek dia..adik ipar,akak ipar,abg ipar..masyuk gak bg..belum campur sedara mara bagi..adalah dekat separuh dari 1k..Yang masa pantang pun banyak gak..baju toksah citer la..berlambak2..Alhamdulillah rezeki.
    Tahun ni cam biasa raya kat KL coz mertua ada sini.Petang balik kg blah hubby kat Tangkak,Johor.Nak raya ngn mak ayah aku..dorang balik kg sg petani dah.Sebak tak dpt join dorang raya sama2.Tahun ni tema Purple.Kebetulan adik aku kahwin nanti pun warna Purple gak..Gambar aku and hubby x banyak sangat.banyak gambar si Alya je..cam aksi2 .Tp Alya ni tido raya..jenuhla kehulir hilir bwk toto kecik g umah sedara.Tido2 pun dpt duit yer Alya...

Gambar adik beradik hubby..Akak ipar sorg je girl
Gambar aku satu family
Gambar 1 family belah hubby
Gambar raya adik2 aku..aku je takde dlm gambar tu..

Monday, September 6, 2010

:Risiko yang mungkin dihadapi bayi tidak diberi Susu Ibu:

    Berikut adalah senarai risiko penyakit/masalah yang mungkin dihadapi oleh bayi yang tidak diberi susu ibu hasil kajian pakar:
1. Perkembangan kognitif dan kecerdasan.
  • Perkembangan otak bayi belum sempurna sebaik dilahirkan, malah pembentukan dan perhubungan sel-sel saraf berkembang pesat dalam 3 tahun pertama hayatnya. Apabila proses ini selesai, sel otak boleh mati namun tidak akan berganti. Susu ibu yang memang khusus untuk bayi manusia mengandungi semua nutrien yang diperlukan untuk perkembangan otak bayi untuk mencapai potensi maksimum. Sebaliknya susu formula tidak mengandungi semua nutrien tersebut (malah kita tidak mengetahui dengan tepat apakah kandungan sebenarnya!)
  • Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang diberi susu ibu ketika bayi menunjukkan skor yang tinggi dalam ujian kepintaran.
  • Para pengkaji juga mendapati kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka waktu lama menunjukkan skor kepintaran yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka masa singkat.


2. Diabetes.
  • Diabetes jenis I (yang diwarisi secara genetik) biasa dikesan di kalangan kanak-kanak . Kajian ke atas kanak-kanak yang tidak diberi susu formula (sekurang-kurangnya sehingga umurnya 1 tahun) mendapati bahawa kanak-kanak tersebut mempunyai kebarangkalian lebih rendah untuk menghidap diabetes.


3. SIDS (Sudden Infant Death Syndrome).
  • SIDS ialah situasi kematian mengejut bayi, biasanya ketika tidur. Tidak diketahui penyebab terjadinya kematian begini. Namun begitu kajian menunjukkan bayi yang diberi susu formula lebih tinggi risiko terjadinya SIDS.


4. Masalah pernafasan.
  • Peningkatan penyakit asma di kalangan kanak-kanak amat ketara pada masa sekarang. Tidak dinafikan faktor persekitaran menyumbang kepada peningkatan tersebut termasuk pendedahan kepada pencemaran udara dan pertambahan bilangan kanak-kanak di nurseri, tadika serta pusat jagaan mendorong pendedahan kepada virus pada usia muda.
  • Kajian menunjukkan pemberian susu formula kepada bayi meningkatkan risiko kepada asma dan juga masalah pernafasan lain seperti respiratory syncytial virus (RSV). Kanak-kanak ini juga lambat sembuh berbanding kanak-kanak yang diberi susu ibu.


5. Jangkitan telinga.
  • Jangkitan telinga agak biasa terjadi di kalangan kanak-kanak. Kajian mendapati risiko terjadinya otitis media (jangkitan telinga) lebih tinggi di kalangan kanak-kanak yang diberi susu formula.
  • Jangkitan telinga sangat sakit bagi bayi/kanak-kanak dan boleh menyebabkan komplikasi lain – pengumpulan cecair di dalam telinga dalam jangka masa yang lama akibat jangkitan itu boleh menyebabkan masalah pendengaran dan perkembangan pertuturan pada kanak-kanak tersebut.


6. Kanser.
  • Kajian mendapati kanak-kanak kecil yang minum susu formula mempunyai risiko lebih tinggi menghidap kanser pada usia mudanya.


7. Jangkitan saluran pencernaan.
  • Tidak dapat dinafikan masalah sistem pencernaan berkait rapat dengan apa yang dimakan. Pemberian susu formula meningkatkan risiko terhadap cirit birit dan lebih buruk lagi mengalami fasa penyembuhan yang perlahan. Ini adalah kerana apabila bayi mengalami cirit birit dan muntah-muntah, doktor selalu menasihatkan supaya mengurangkan pemberian susu formula dan banyakkan minum air (untuk mengelakkan kekontangan). Kurang menyusu bermakna kurang nutrien diperoleh bayi. Sebaliknya bayi yang minum susu ibu masih boleh terus menyusu. Oleh itu bayi akan mendapat nutrien yang cukup dan juga antibodi yang akan membantunya membunuh kuman yang menyebabkan jangkitan pada saluran pencernaannya.
  • Bayi yang minum susu ibu juga jarang-jarang mengalami sembelit sebaliknya bayi yang minum susu formula sering mengalami masalah pembuangan air besar.


8. Keberkesanan vaksin.
  • Pemberian susu formula mengurangkan keberkesanan pemvaksinan dengan mengurangkan respon bayi terhadap penghasilan antibodi di dalam badan.
  • Sebaliknya bayi yang minum susu ibu memberi respon yang baik kepada pemvaksinan dan menghasilkan lebih banyak antibodi di dalam badannya.
  • (Catatan peribadi: pemvaksinan ialah kaedah imunisasi dengan cara menyuntik vaksin ke dalam badan. Suntikan vaksin akan merangsang sel darah putih menghasilkan antibodi untuk melindungi badan daripada jangkitan penyakit.)


9. Perkembangan rahang dan otot muka.
  • Adakah anda menyedari bahawa teknik hisapan bayi yang minum melalui botol (susu formula) berbeza dengan bayi yang minum susu ibu daripada payudara ibunya? Sesetengah orang mengakui bahawa bayi yang minum susu ibu dapat dikenal melalui pipinya yang cantik membulat!
  • Perkembangan rahang, otot muka dan pipi ini akan ketara kepentingannya apabila bayi ini membesar menjadi kanak-kanak nanti kerana bayi yang minum susu ibu apabila besar kelak kurang memerlukan rawatan pergigian berbanding kanak-kanak yang minum susu formula.
  • Penyusuan ibu menjadikan pembentukan rahang dan otot muka terbentuk dengan baik dan seterusnya menghasilkan rahang yang cantik dan gigi yang tersusun rapi.


10. Obesiti
  • Bayi yang minum susu formula juga terdedah kepada masalah obesiti (kegemukan) pada usia muda (kanak-kanak dan remaja).
Kesimpulan: banyak lagi masalah kesihatan lain yang boleh berlaku apabila bayi tidak diberi susu ibu dan diganti dengan permberian susu formula. Ini termasuk eczema, masalah jantung, alergi, kolik, meningitis dan sebagainya.


[Nota peribadi: Susu ibu diciptakan spesifik untuk tiap-tiap bayi di dunia, mengandungi semua yang terbaik untuknya.]

************kredit to anakkusayang.com*************

Saturday, September 4, 2010

CONTEST SAYA DAN BABY oleh cik Amynn



                                                  Di tag oleh  Kak Syima Mama Kyra
                                               CONTEST SAYA DAN BABY oleh cik Amynn
                                               yg di anjurkan oleh Cik Awynn
                                                   Nak join boleh KLIK SINI
                                                   Tarik Tutup : 9 September 2010
Gambar yang di pertaruhkan ialah..........
 
 
 
Baby : Alya Adriana ( 2bulan)
Mama :Zahratul Muna
Email : zahratul_muna@yahoo.com
 
 **************************************************

 

~ Happy Birthday to Papa ~

 Salam,
Hari nie 3hb 9..jatuh pada hari Jumaat.Penghulu segala hari.Hari nie gak la besday husband yg ke 25tahun.
Kali ni kiteorg celebrate bertiga kat dpn umah je..kata duk pent house kan..hahaha!!Depan rumah ,hubby dh pasang awning panjang gak la.Hubby buat sendiri besi2 tu...coz alang2 dah ada mesin pemotong kan.Just beli skru dan awning je lah.Yang lain pasang sendiri.So,sape2 nk tempah awning leh la contact aku.hahaha!!Sempat lagi si muna ni buat bisnes.
Mlm besday hubby tu aku tak wish pun..memang  buat2 tak tahu pun.Sampai la balik keje.Aku singgah beli kek ..cepat2 taruk dlm peti ais.Mujur dia tgh mandi.Pas berbuka kat umah MIL aku ckp 8 suku naik n siap2 tau.Nak balik BBS...padahal nk suprise kan dia.Hubby naik bwk Alya.Aku kuarkan kek..n wish Hepi Besday Papa!!..Papa senyum2 coz b4 ni monyok giler muka .Hubby ckp ingatkan mama x ingat .Alahai..terasa hati rupanya.hehehe!!Biasalah tiap2 tahun ada je surprise aku buat..6thn tu celebrate.
Gambar upload kemudian coz semua gambar kat hp hubby.Apapun hepi besday papa!!Miss u,love u !!

**raya next week..horray baju dh siap !!**


Friday, August 20, 2010

:: Slim dengan Kopi Guara DCL ::

Salam,

Hari ni balik umah mak aku..cam biasalah weekend je bawak si Alya jumpa Tok Ma dia..Dtg dgn pakai jeans nya..Adik aku dh perli2 dh ckp ek dh kurus dh..Oh!! semestinya..itula berat skg 57kg..Mau ta muat nya pakai suar jeans..hahaha!!Lagi-lagi bulan posa..bertambah kurus la..Makan kurma..minum red guara cafe.Yg ni bukan kafein cam minuman lain..Selamat untuk mennyusu..


Kandungan Red Guara Cafe
Kopi Arabica
– Kafein rendah, 70% Arabica, 30% Robusta. Ditanam 2000 kaki dari aras laut
Guarana (Paulina Cupana)
– Herba penyembuh Hutan Amazon, Brazil. Mampu menyembuhkan cirit-birit, cegah aterosclerosis /cardiovascular (akibat pemendapan pembuluh darah), meredakan kesakitan, menghentikan pendarahan, penggalak saraf, bersifat anti-oksida sesuai untuk merawat darah tinggi, penyembuh demam, pereda migrain dan sakit saraf (neuralgia). Dalam bentuk tonik, diminum oleh kaum wanita Red Indian semasa datang bulan, senggugut, asma dan sakit-sakit sendi. Diambil oleh lelaki Red Indian supaya perut tidak lapar dan menambah tenaga dan stamina semasa pergi berburu. Di Eropah, guarana diumpamakan sehebat Viagra.
Ubi Bit Merah (Beta Vulgaris)
– Bersifat anti-kanser b agus untuk merawat kanser, menjana tenaga, sakit pinggang, bersifat anti-oksida
Yis Beras Merah (Monanscus Purpuruees)
– Melembutkan salur darah yang keras, sangat bekesan mengatasi penyakit darah tinggi, keracunan, kanser, kencing manis, parkinson atau strok. Amat bagus untuk orang yang sedang berdiet
• Krimer Soya
– Susu tenusu tidak digunakan sebagai krimer kerana ia akan menghapus khasiat dalam kopi guara

Bagaimana Guarana membantu :-
1) Membantu meningkatkan bekalan oksigen dalam badan (pernafasan). Saluran pernafasan iaitu bronkiol akan mengembang dan membolehkan lebih banyak oksigen dibawa masuk, maka lebih oksigen dibekalkan untuk sel-sel badan
2) Menambah kebolehan mendapatkan tenaga.  Ia menggalakkan penggunaan tenaga simpanan (glikogen) di dalam hati dan meningkatkan gula (glukosa) darah yang membekalkan tenaga badan.  Dengan itu tenaga untuk sel bertambah dan keseluruhannya biomekanisme badan dipertingkatkan / diperbaiki.  Ini berupaya menghindarkan atau mengurangkan kepenatan.  Jadi ia amat berguna semasa puasa untuk menahan lapar
3) Meningkatkan kesan hormon.  Pada sel, guarana menghalang enzim fosfodiesterase daripada menukar cAmp (pengantara maklumat ke 2) kepada 5Amp.  Ia melengahkan dan meningkatkan kesan sebagai hormon dan ini akan mengembalikan fungsi fisiologi badan tertentu dan meningkatkan aktiviti badan
Apa Guarana boleh buat?
1) Mengatasi kelesuan dan tenaga seksual
2) Membekalkan tenaga berpanjangan
3)Mengatasi dan membantu pencernaan (Diarrhea)
4) Penahan lapar (Membantu menurunkan berat badan)
5) Neuralgia (sakit urat/saraf) dan kesakitan ringan
6) Memudahkan pernafasan (Boleh membantu asma)
7) Sindrom sebelum datang bulan (PMS)
8) Menguatkan otot jantung
9) Mengurangkan atau menghilangkan demam
10) Mencegah jangkitan
11) Membuang air berlebihan
12) Membantu sakit kepala dan migrain
13) Membantu mencairkan darah
14) Anti oksida  

Tuesday, August 17, 2010

~Alya nak titon la..~

                           Alya yang bising nak tido..akhirnya ke tidoran dgn sendirinya....

:: Selamat Berpuasa ::

Salam,

Hari ni dah hari ke 8 kita berpuasa..Selamat berpuasa di ucapkan.Puasa kali ini disambut dengan kehadiran puteri comey kami Alya Adriana.1st time gak la berpuasa dlm keadaan menyusu..memang dahaga giler.Takat ni 3 hari aku x pose.Tp tak dela berturut2.Alya skg ni menyusu kuat lagi2 bila nak mlm..Org berbuka dia nak berbuka.Org sahur dia sahur.Elok pas isyak tido ..kul 1pagi mula la bgun balik..time ni menyusu punyalah x cukup..bagi dua2 belah pun x tido..Sampai ke pagi la.So,skg ni agak2 tgh mlm dia jaga aku bg botol susu yg dh aku pam tu.Takdelah dia gayut lama sangat.Mak aku ckp ajar camtu coz aku nak keje nanti tak cukup tido.Bukanlah nk tido cam zaman dulu.At least adalah aku rehat.
Time weekend aku balik la umah mak aku..coz tok ma dan adik2 aku rindu sangat kat Alya.Manja la Alya semua org usung.Family blah hubby pun duk uli je dia..mau x manja.Cam biasalah puasa ni aku berbuka dan sahur kat umah MIL kt bawah.Cuma sahur aku tak turun coz Alya tido..sian dia kena embun pagi2 ni..hubby bwk naik lauk la untuk aku makan.Cam puteri raja aku dilayan..hahaha!Kalau kat sini jgn harap aku nak masak2..klu kat umah mak aku ada gak la aku masak .Yerla kalau masak pun bazir je coz family hubby suka makan ramai2..bersama2..

Weekend ni nak buat kuih raya..cam biasalah cheese tart,tart nenas,..ada la 2 3 jenis..

Tuesday, August 3, 2010

~Alya dah 1 bulan ~

Salam,

27hb 7 lepas genapla Alya sebulan..Hari tu juga pergi cucuk BCG kat Klinik Fauziah..Masa pregnant pun aku pengunjung setia klinik situ..Tak ramai orang pun.Masuk bilik tu cam biasalah doc fauziah bagi salam..ucap tahniah..tanya aku bersalin camne..ok x hospital selayang..berat bayi berapa..Siap nak tgk muka Alya lagi.
  Mula-mula timbang Alya la..berat dia 4.2kg.Doc cakap berat ikut jadual yg sepatutnya..Alhamdulillah.Doc tanya gak aku menyusu ke.Wah!dengan bangganya aku cakap aku menyusu badan .Seronok tau..coz aku teruja.Lagi2 time pum susu..excited kalau susu keluar dgn bnyknya..Biasanya sebelah je dh dpt 4oz @ 5oz.tu yg kena wat stok bnyak2..sementara produktiviti susu banyak ni..hehe!!
Doc pujuk Alya ckp sikitje ek cucuk..jgn nangis.Alya wat dek jelah coz dia tido.Sekali dgr dia menjerit dgn kuatnya..huhu!! Tula 1st dia nangis kuat giler.Aku pujuk2 ..tepuk2..elok je dia tido..Jap benar nangis..Papa dukung Alya sementara mama ambil ubat.Alhamdulillah ..Alya x demam.Apapun..rasa bahagia je ada baby ni.Sampai papa dia..wt ignore je..haha!!Rasa nk layan keltah Alya je.

Thursday, July 29, 2010

~ Alya Adriana..Anak Salindah ~

Salam,
Aku mula ambil set salindah ketika pregnant 3 bulan.Mak aku yg syorkan coz 2 adik aku yg last tu anak Salindah.Sedara mara dan kawan2 mak pun ambil set ni.Walaupun alahan teruk aku teruskan makan Salindah ni..Produk ni homeopati.So,takde masalah nak mkn ..just kemam je.Aku hargai keberkesanannya coz bertenaga
dan aktif berjalan hingga ke saat2 akhir kelahiran..wahh..poyo la muna ni..huhu!!Nak bersalin pun senang..Alhamdulillah.

Masa mkn time pregnant tu tak nampak hasil sgt..rupanya lps Alya lahir je baru la terserlah..tulang Alya kuat.Siapa yg pegang dia rasa sedap je..x lembik cam bayi lain.Masa hari ke 5 Alya dh mula mengiring masa tidonya.Cam org besar je dia tido. Bila usia Alya dh seminggu..dia mula angkat kepala dia masa aku terbalikkan dia nak sendawa.Hubby terkejut coz tgk pale dia camtu..Rambut Alya pun lebat dan hitam.
Hari ni Alya dah sebulan 3 hari..pandai menyembang dah.tp bahasa diala.Kalau dia nak susu mula la mata toleh cari mama dia kat sebelah..Aritu cucuk BCG pun kejap je dia meraung..pastu elok je tepuk2..lena.
So,sape2 yg nk baby lagi..cubalah makan salindah.Tak rugi tau..Banyak kalau nak citer kebaikan Salindah nie..

Monday, July 19, 2010

~ cukur jambul Alya ~

~ Takde masa ,sorry~

Salam,


Sorry lama tak update blog ni..ceh!cm ada org baca jer..Lantakla kan..
Tengah pantang ni memang pantang nak buka lama2 laptop ni..nk duk pun x selesa..Nampak kat mak aku mau bising..kaki takleh berjuntai la..takleh duk lama2 la..adehh...Si Alya ni time aku nk layan facebook ,ke apa ke..time tu la nk berjaga..Tgkla klu ada masa aku update..

Tuesday, July 6, 2010

~ Alya yg botak ~

Salam,
Ahad lepas tok pa Alya cukur rambut Alya..tebal gak rambut dia..tp senang la nak cukur coz kulit pale dia keras.x dela payah benar.Cam kiteorang adik beradik ni kulit lembut siap ada isi lebih kalau nk cukur kena hati2 ayah aku ckp..Alya nangis gak masa tu coz kacau dia tido..




Papa Alya sibuk bersihkan rambut yg melekat kat baju Alya


~ Detik-detik kelahiran my princess ~

Salam,

Lama tak update blog ni....tak tau nk mula dari mana..hehehe!!Yerla bz kuar masuk hospital..takde lah teruk sgt pun..cuma aku jer terlebih risau..coz x de pengalaman.Apa je tak kena terus aku g hospital..1st g coz bb aku kurang gerak..agaknya knyg mkn masa kenduri adik tunang aritu..Konon nak cek pasal tu..sekali kena tahan coz ada contraction .Kena tahan wad gak la..pastu dh takde balik n rehat kt umah.G keje cam biasa..pastu ahad 27hb tu pg g hospital coz sakit perut..cek2 ada contraction tp jarang sgt.

Doc suh duk wad..tp tggu sampai kul 4 ptgla coz katil semua full.Aku ckp aku balik dulu la..nk tggu mls.Sempatla g kenduri..time mkn tu rasa sakit dh..tahan lagi..Ptg tu tido2 ayam je..coz terjaga bile setiap 15 minit perut menegang..tak pasal2 peha hubby aku cengkam kuat giler.Pas Isyak g coz x tahan dh..smpai2...cek ctg la cam biasa..harap2 tak jumpa doc ptg td..sekali dia selak tirai langsir tu dia gelak dh.."tu la I suh u duk wad,U x nak,ni dtg nape ek"..aku bls la siap leh gelak2 lagi.." x tahan dh ni doc"..siap pegang palang katil mengerang kesakitan..dh habis zikir doa semua aku baca..Doc cakap Ok..I siap kan labour room..after few 2nd dia dtg pecah air ketuban..masa tu 2 minit sekali dh..sambil dorang tolak katil aku dh tak tentu arah..

Sempat lagi dorg tukar kan baju aku..tibe2 aku rasa nk meneran..doc ckp jgn dulu..nanti bengkak n
terkoyak besar.Aku pun tenang n amik nafas..curi nafasla..doc suh push..barula aku push..zupppp..kuar pale Alya..pastu kuar plak badan dia..Fuh!! terasa lega cam pas buang air besar..kuar2 je Alya nangis n doc terus tanya jantina Alya apa..aku cam girl..pastu Alya terus diletakkan atas dada aku.Panik gak masa tu..rasa cam tak caya jer..jadi mama.Tp alhamdulillah semuanya selamat.2 jam je ..coz masa dtg kul 9mlm..Alya keluar 10.59mlm.

Alya Adriana
3.57kg
10.59 mlm



Wednesday, June 23, 2010

:: Kesilapan Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak ::

Kesilapan Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak


“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.” (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba- Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan.

Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.

Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : “Tahukah engkau siapakah orang yang mandul?”
Berkata para sahabat : “Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.”

Lalu Rasulullah SAW berkata : “Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.”-(Maksud Al-Hadith )

Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.
1. Kurang berdoa
Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah:

• Saidul (penghulu) Istighfar,
• Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9),
• Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38)
• Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah:

• Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128),
• Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74)
• Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:

• Menakutkan anak-anak dengan sekolah
• Menakutkan dengan tempat gelap
• Menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
• Menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur

3. Tidak tegas dalam mendidik anak-anak

Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak dan terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Menegur anak secara negatif

Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak. Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.

Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda.

Berkata Aqra’ : “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka.”

Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata : “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas. Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan bersama, solat berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.

11. Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

13. Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

14. Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

Petikan dari ustazmelaka.net

Wednesday, June 16, 2010

:: Checkup 38 weeks ::

Salam,

Semalam genap 38 minggu aku membawa perut nie..Pagi tu pergi checkup kat Klinik fauziah ditemani kembar.Husband tak teman coz aku skg duk umah mak..lagipun klinik tu sebelah taman umah aku je.

1.Mula2 check tekanan darah---> OK
2.Timbang berat ---> OK naik 0.5 je
3.Check perut,bb dh betul2 kat bwh..anytime keluar..doc ckp.
4.Check kaki---> bertambah bengkak


Doc bagi mc 2 hari..so aku sambung mc lagi..next week masuk keje kalau tak bersalin(tak suka nya coz takde mood nak keje)

Lepas Zuhur keluar plak ngan husband coz nak lunch nasi beriani gam kg baru..sedappp..Pastu jalan2 gi Giant cari puting susu bb & minyak telon bb.Budget nak jalan2 biar cepat skit bukak jalan..coz lepas tu g checkup kat hospital selayang..Still 2cm gak..cuma contraction 10 minit tu ada .doc nak tahan aku masuk wad..tp wad penuh.kalau ada mybe aku di tranfer ke hospital sg buloh.Aku ckp aku tak nak duk wad..coz nk tunggu bersalin lambat lagi kot.Sebelah aku dh nangis2 sakit.Tp nak buat camne bilik bersalin penuh plak hari tu.Aku tanya doc..dia ckp ramai bersalin operate tu penuh.Harap2 time aku bersalin nanti Allah swt permudahkanlah..Amin.

Malam tu aku tak balik umah mak..saje nak jenguk umah aku..tah jadi lintang pukang ke apa tah..yerla hubby duk sorang2..nampaknya umah kemas ,kain baju berlipat.Rupanya husband layan bola sampai lipat kain.Heheeh!cian sayang yer..malam tu kaw2 sakit perut..rasa cam senggugut semua.Tak boleh tido langsung mlm td..


 

Monday, June 14, 2010

~ Strawberi Coklat from Cameron ~

Salam,

Malam ni kembar ada buat strawberi coklat.Tunang angah g cameron rombongan budak sekolah akak dia.So,kiteorang order la teh lemon,teh halia,teh grape and strawberi.Sedapppnya..ni 1st time aku mkn..huhuhu!!ketinggalan sungguh kan..tak pela janji bb tak terliur..:-)