Tuesday, June 8, 2010

:: kenduri doa selamat dan majlis pertunangan ::

 Salam,

Sabtu lepas umah mak  aku ada buat kenduri doa selamat dan majlis pertunangan adik aku si angah ni..Angah bertunang ngn org kelate..11 buah kete dtg..ramai gak...penuh 1 ruang tamu.Makanan pun banyak..yerla jiran2 bg lagi.Majlis buat pun sedara mara je yg dtg..kenduri doa selamat plak untuk aku.Yerla dh cukup bulan ni kan.Nak dijadikan citer..tak taula aku mkn banyak sangat ke apa kan..mlm ahad tu aku tak leh tido..perut sakit..keje nak membuang je..pastu bb cam tak gerak je dr tgh mlm sampai ke pagi..
Gi hospital selayang untuk check up...tgh2 checkup mesin ctg tu menunjukkan jantung bb laju sangat dan contraction aku kuat..
Apa lagi doc seluk la dan tgk jalan bukak 1cm..kul 7ptg ahad tu aku kena tahan wad..sampai la selasa ptg.Selasa tu jalan dh buka 2cm..doc suh balik dulu coz darah yg keluar dgn lendir ni dlm 2 atau 3 hari baru bersalin.Tu tanda2 je.Sebab perut aku takde contraction dlm tempoh 12 jam.Keliling katil aku semua dh bersalin..ada je yg dh kuar masuk .Aku je tak bersalin lagi.Sempat la jalan2..tgk bb org..tlg angkat bb coz kwn husband aku nya akak bersalin kembar .Operate.dia tak larat nak bangun.Aku la tolong angkat bb coz bb nak menyusu.
Husband plak balik time nak mandi je..sian dia tido atas kerusi kat depan.nak teman aku tak boleh.Sian dia.Aku suh balik dia risau aku terberanak nanti.Sayang gak dia kat aku..hahaha!!!

Doc bagi mc 10 hari sampai 16hb ni...Tp doc budget minggu ni aku bersalin..aku harap cepat2la aku beranak.Sakit kat bawah ni Allah swt je tau.ni belum sakit nak beranak lagi..Tiba2 rasa best je duk hospital..layanan best,doc baik2 dan hensem2...

Wednesday, May 19, 2010

:: Makan Durian::

Salam,

Alkisah hari ini,saya mc terkejut...sebab bangun pagi perut sakit giler cam kena sengugut .Nak nangis rasa..3 kali ulang alik ke toilet kot2 nak melepas ke kan..tp tak jadi.So,aku sms sume team aku bgtau aku mc arini.
Pukul 11 pagi gerak g klinik fauziah ..masuk2 je doc tanya aku sihat ke x..aku ckp sihat alhamdulillah cuma sakit perut sangat2..tibe2 mata dh berair nak nangis..
doc:nape?
aku: agaknya mkn durian mlm td doc...
doc:ha!! muna mkn durian bnyak ke??
aku: tak bnyak 3 ulas je doc..
doc: mana boleh mkn durian..coz panas.Ada org dh bersalin mkn durian coz kontraksi...Awak jgn bersalin awal..bb x cukup bulan lagi tu..
aku :sy dh lama x mkn tu rasa nak makan ..
doc: senyum2...ada pendarahan?? bb gerak2 x??
aku: takde pendarahan..bb ok gerak nya..
doc: pasni jangan mkn lagi ek durian..sampai habis pantang..yer
aku: ok doc..

*****************
Selepas tu ,aku sms hubby citer ...apa doc ckp.Hubby bls balik tu la abg ckp tak nak dgr..siap berebut durian lagi tak kasi abg mkn..bb tu panas...bla..bla..bla..membebel laki aku..




::Urutan Bayi::

Panduan untuk mengurut bayi anda


Siapkan semua peralatan seperti tuala, selimut dan minyak bayi.

Ambil masa, beri perhatian pada bayi sepenuhnya, elakkan memikirkan hal-hal lain yang mengganggu fikiran anda.

Tanggalkan cincin, gelang dan jam tangan.

Pastikan persekitaran adalah nyaman tetapi hangat. Tutup pendingin hawa dan kipas.

Anda juga harus berada dalam keadaan yang selesa.

Tanggalkan semua baju bayi, tinggalkan hanya lampin.

Tutup badan bayi dengan selimut untuk mengelakkan bayi kesejukan.

Sambil anda melakukan semua ini, sekali-sekala bercakaplah dengan bayi anda dengan suara yang lembut.

Letak sedikit minyak atau losyen pada tangan anda dan gosokkan kedua-dua tapak tangan anda untuk menghangatkan minyak tadi.

Mulakan dengan urutan yang lembut, pastikan bayi selesa dan mahu diurut.

Hentikan urutan jika bayi tidak mahu diurut. Cuba lagi di lain kali.

Kebaikan untuk bayi ialah:
Menenangkan bayi
Mengurangkan rasa tidak selesa
Menolong sistem penghadaman bayi
Membantu mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak
Melancarkan pengaliran darah
Memperbaiki sistem pernafasan



Kebaikan untuk ibu bapa:

Membantu ibu bapa memahami reaksi bayi
Membantu mengeratkan hubungan di antara ibu dan anak.
Meningkatkan harga diri
Mengurangkan tekanan

Teknik Urutan Bayi

Muka

Urutan muka dimulai dengan mengusap wajah bayi ke arah kiri dan kanan dengan kedua tapak tangan.
Selepas itu tekan lembut di tengah dahi, dan buat gerakan ke samping kiri dan kanan.
Buat lingkaran-lingkaran kecil di pelipis, juga ke kawasan pipi di bawah mata.
Kedua ibu jari mengurut alis dari tengah ke tepi kiri dan kanan.

Contoh teknik lain mengurut wajah bayi:
Bedakkan pada hidung. Hidung bayi "dicolek" bedak dengan jari telunjuk ibu.
'Seterika' dahi dengan tapak tangan.
Cincin mata - buat lingkaran di sekeliling mata dengan hujung jari.
Lingkaran di pipi - buat lingkaran di pipi mula-mula besar kemudian makin kecil.
Gerakan mencubit-cubit kulit pipi.
Menempelkan telapak tangan di pipi lalu digoyang-goyangkan.
Gerakan bersiul - usahakan agar mulut bayi dimuncungkan.

Selain untuk mengurut wajah, teknik urut ini juga boleh dilakukan untuk bahagian lain badan.

Dada
Dada dipicit dengan telapak tangan membuat gerakan dari tengah dada ke samping.
Atau, gerakan membentuk gambar jantung dengan meletakkan hujung jari ibu pada ulu hati.
Cara lain, gerakan seperti membuat gambar jantung kecil di sekitar puting bayi.

Tangan dan Lengan

Urut tangan dimulai dari atas lengan bayi, tangan kanan dan kiri anda bergerak seperti memerah susu. Atau, kedua tangan melakukan gerakan memeras, memicit, dan memutar secara lembut pada lengan bayi.

Untuk telapak tangan bayi, gunakan kedua ibu jari anda, buat lingkaran-lingkaran kecil. Sementara keempat jari anda memijat bahagian belakang tangan bayi.

Jari bayi dipicit satu persatu ke arah hujung jari dengan gerakan memutar. Gerakan ini diakhiri dengan tarikan lembut pada tiap ujung jari.

Lengan bayi dipicit dengan gerakan menggulung dari kedua telapak tangan anda. Kemudian kedua lengan bayi dirapatkan ke badannya dan diusap lembut.

Kaki

Urut kaki dengan cara memegang pangkal paha bayi, lalu tangan digerakkan ke arah pergelangan kaki seperti memerah susu. atau, dua tangan bergerak bersamaan, dari pangkal paha dengan gerakan memeras, memicit, dan memutar kaki bayi secara lembut.

Telapak kaki diurut dengan kedua ibu jari. atau, buat lingkaran-lingkaran kecil pada telapak kaki.

Jari kaki dipicit satu persatu dengan gerakan memutar menjauhi telapak kaki, dan diakhiri dengan tarikan lembut pada setiap hujung jari. Bengkokkan juga setiap jari kaki bayi dan luruskan semula.

Betis diurut dengan kedua ibu jari.

Seterusnya kedua tangan membuat gerakan menggulung ke arah pergelangan kaki. Akhirnya, kedua kaki bayi dirapatkan, dan dengan halus kedua kaki bayi diusap dari atas ke bawah.

Perut

Untuk mengurut perut, lakukan gerakan pada perut bayi seperti mengayuh basikal, dari atas ke bawah, dengan telapak tangan kanan dan kiri secara bergantian.

Seterusnya, gerakan membengkokkan kedua lutut bayi secara lembut hingga menekan ke perut bayi.

** kredit to http://anakbonda.blogspot.com

Wednesday, May 12, 2010

:: Syukur dpt bertemu dan menolong ::

Salam,

2 hari lepas anak murid mak aku call bertanyakan pasal Score A.Dia plak PMR thn nie.So,Isnin ptg tu wat temujanji g umah dorang kat Laksamana.Dorang ni duk umah flat perumahan untuk penduduk setinggan.Ada anak 5 org.Isteri tak bekerja.Suami plak keje TM bahgian teknikal keje bwh tanah la.Masa sampai tu si ayah takde coz g keje.Jadi mak aku n angah la yg terangkan dr A- Z pasal Score A.Memandangkan umah dorang ada internet senang la kami tunjuk terus portal Score A tu.Memang teruja habis la satu family nie.
Habis terangkan semua2 nie..si ayah sampai umah.Dia secara jujur nya bgtau
*dia tak tau guna internet
* titik beratkan pendidikan anak dia
* suka coz ada pakej penjimatan yg membolehkan semua anak leh guna
*sambil bg anak pandai..leh gak buat bisnes dan pakai free

Isteri dia ckp kalau nak register kena bayar dulu..padahal mak aku tak kisah pun kalau tak bayar penuh leh bayar berapa kali pun..Tp si ayah terus bg rm 1000 dulu selebihnya rm788 akan dibayar kemudian.Si ayah bgtau "nak pakai duit yg banyak gak ek untuk bg anak belajar".Begitu teruja dan bersungguh2 si ayah ini.Sanggup berkorban apa saja nak anak2 dpt pendidikan yg terbaik.
Masa adik aku citer tu ..sayu dan rasa nak nangis..rasa bersyukur sangat dipertemukan dgn insan yg susah..dpt tolong insan2 yg camni.Lagipun matlamat kami buat bisnes pun..nk tolong org susah.Isu wang ringgit tolak tepi .yg penting kita BERKONGSI IKHLAS.Insyaallah Allah swt akan permudahkan.
Amin..amin..

Tuesday, May 11, 2010

:: Hubby eksiden ::

Salam,

Hari Selasa smlm hari yg bahagia wt aku..coz hubby hantar aku g keje dan amik aku balik keje.Kalau tak masuk 9 bulan hubby nak hantar aku.Tp aku ckp ayah ayg suh abg hantar ayg coz ayg tak larat nak drive dh.Sesungguhnya ayah aku memang risau anak kesayangan dia .hehehe!!Yerla sebab dr kecik sampai besar semua ayah aku hantar dan amik.Biarlah org ckp anak manja ke..tp aku peduli apa.Untung tau dpt ayah yg sangat prihatin.Abaikan citer melalut aku nie..
Akhirnya hubby pun hantar la aku g keje..balik aku tunggu sampai kul 6.30 baru sampai.Memang anginla kan coz aku biasa balik sharp 5.30.Bab menunggu ni memang MALAS bg aku.Masuk2 keta hubby sengih2..aku plak ngn muka toya & bengangnya..dh start membebel..sampai letak beg aku kat belakang..aku perasan ada satu batang yg panjang atas seat blkg.Hubby dh tolak2 muka aku jgn tgk belakang..
Tp aku degil gak..apa lg aku menjerit la..ni bukan rod pancing ke!!ooo..patutla lambat g memancing ek.,.org punyala tunggu ..mujur cepat skit,kalau tak ayang dh beranak kat sini tau.
Sambil2 mulut membebel..tangan aku cam biasa la mencubit..Sekali aku perasan siku dia berdarah.Rupanya pas Zohor ondaway dia g bank..dan nak elakkan lori dia sempatla membrek motonya..tp moto belakang pasangan couple ni g langgar nya eksos moto hubby.Sampai dia jatuh,mujur sempat tahan dgn siku.Budak tu siap mintak maaf ,hubby plak maki hamun coz dia follow dekat..mujur awek dia tak tercampak.Hubby suh ganti plat moto dia patah Rm6.Awek dia terketar2 tangan masa nak hulur duit.Moto je calar.Mujur hubby takde apa2..
Balik keje terus g Klinik Fauziah..doc terkejut ingat aku naik sekali moto..Aku ckp tak dela sy wt keje giler camtu.Sampai umah aku membebel lagi.."tu la ckp bini tak mo dgr...kan dh eksiden..padan muka!!"Kejam kan ayat aku..hahhaha!!"Ayang dh ckp jgn g mancing lagi..tak kira la teman je ke apa ke..lain kali buat lagi"..Rod pancing tu jaga elok2..ayang takut kalau ayg mengamuk..rod yg beratus tu patah sekelip mata jer.
Hubby diam jer..maklumla tgh sakit.Yg best tu kalau aku membebel dia senyap jer..paling kuat pun dia tutup mulut aku suh senyap..katanya memebebel jer..:-)

*** hari ni 12/5 aku drive coz hubby sakit2 badan ***

Sunday, May 9, 2010

::MAP - Motivasi Alihan Pelajar ::

Salam,

Hari minggu lepas adalah hari yg sungguh sibuk,sungguh memenatkan..Menyiapkan adik aku yg bongsu punya assigment Pendidikan Seni.Ada ke kena buat slide power point untuk pelajar tingkatan 2.Adik aku dh la duk jauh nun di KKB tu.Giler tul cikgu mrsm kan..Mujur angah ada cari maklumat..aku plak tukang masukkan dlm slide.
Pagi tu plak g hantar si amy g MAP kat Jln syed putra..belakang Istana Negara Wisma tu.Actually tempat tu adalah kem motivasi alihan pelajar yg dikendalikan oleh Dr Tengku Ismadi selama 2 hari.Hantar si amy bg semangat sikit kat dia nak exam ni.Kalau tak keje nak tido je dia.PMR nak dekat dh nie..Hari Ahad plak petang dlm kul 5,ada sessi bersama ibu bapa.Aku dtg teman mak..best gak dpt kongsi dan tips dr Dr Ismadi nie.Since anak aku tak keluar lagi..so ilmu pasal keibu bapaan ni kena tau la gak kan.Apa yang boleh buat..dan apa yang tak patut kita buat.
Habis kem tu..aku keluar awal coz nak terjah booth yg jual buku2 motivasi,ubat mida la..cd la.Aku beli cd rukyah dan buku Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif .

Buku Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif adalah buku kedua tulisan Dr. Tengku Asmadi telah diterbitkan oleh PTS Millinnea Sdn. Bhd. Harganya cuma RM15.00 sahaja dan pastinya ia ditujukan kepada ibu bapa yang mahu mengetahui rahsia memotivasikan anak-anak mereka agar menjadi anak-anak yang cemerlang.
Antara topik-topik yang dibincangkan ialah Jaga Pemakanan, Pendekatan Emosi, Teknik Memuji Berkesan, Menjaga Kredibiliti, Kenali Anak Anda, Tingkatkan IESQ Anak-anak dan sebagainya

*** Siapa2 ada hajat nak hantar anak-anak,aku syorkan g kem ni..Harga seorang anak RM300.Amat berbaloi dan berkesan ***