Thursday, April 29, 2010

:: Sifir oh! sifir ::

Salam,

Mlm tadi cam biasalah ajar anak buah aku pakai Score A..so far ada kemajuan dia buat.Skang dia belaja subjek math darab..jenuh gak la nak hafal sifir2 ni kan..Sampai aku ckp bulan depan dh exam pertengahan tahun kena hafal cepat2 ..kalau tak camne nak jwb exam.Aku paksa gak dia hafal sifir 2 minggu nie.kalau tak makcik suh ketik ketampi 20 kali.Hahaha!selumber raging anak org kan..
Sekarang ni pun aku search kat internet kot2 ada teknik yg berkesan nak hafal sifir..Budak2 skg mls nak hafal sifir2 ni.Aku dulu kalau tak hafal..mau kena rotan kat tangan sampai merah2 ngn ayah.Biasa la mak cikgu..zaman sekolah dulu asyik kena marah je..Yerla kalau lemah sifir camne nak buat math kan.Sampai skg aku tak lupa kena rotan..huhuu!!
Sambil aku ajar anak buah..pada masa sama aku ter ajar anak aku dlm perut ni math.Kalau x otak aku ni tak bergerak la coz tak buat kira2..buku sudoku pun aku buat b4 nak tido..

***********************************
** tak sabar nak tunggu adik aku balik ..bonus dpt ni leh g mkn sekeluarga..I miss them!!

Monday, April 26, 2010

:: Kenshido Recognition Nite 2010 ::

Salam,

24 April 2010 telah diadakan Kenshido Recognition Nite 2010  di Hotel Equantorial,Penang.
Malam penganugerahan elite club milionaire,top2 income 5figures dan lain2.Aku tak g pun coz sangat2 tak larat .Start kul 6 lebih dan berakhir 2pagi.Yang pegi pun mak aku n adik aku serta kwn2 mak la.Walaupun tak dapat naik pentas and tepuk untuk org lain..maybe lain kali orang lain plak tepun tangan kat kami.Doakan kami berjaya anak beranak naik pentas next year.Amin.Apapun Score A tetap hebat.Dalam paper THE STAR ada keluar pasal Score A nie.Tak dapat nak citer panjang lebar coz aku tak merasai kehangatan malam tu..huhuhu!!rugi la plak..
Dari kiri adik aku,jiran-Cik Ina,tengah2 tu my mum,belah kiri tu cikgu faridah


Sunday, April 25, 2010

:: oh!lala..7 bulan dah !!

Salam,

Now,dh 7 bulan aku jadi mak buyung..
2 hari lepas checkup dgn Doc Fauziah..kali nie kena injection kancing gigi.Sakit gak bahu belah kiri ni.
Kai nie tak scan la..doc just pegang2 perut aku and bagitau baby tak pusing lagi nie dh 30 week.Kepala dia belah kiri..kaki belah kanan.2 week lagi kalau tak pusing saya buat surat ..and Muna kena g hospital daftar untuk operation tau.Ini langkah berjaga2 je.Mana tau last minit dia pusing ke kan.Aku ckp ya lah doc..mls tul aku nak pk..coz nanti aku tension.
Bab timbang berat lagi la..Dengan bangganya aku umumkan kan berat aku naik 3 kg lagi..menjadi 70kg.hahahaha!! Aku dh kawal mkn dh..tp tak tau la mana silapnya.Tp tgk badan takde la gemuk sangat husband ckp.Kulit perut aku doc ckp licin takde masalah.Biasa org lain kan kulit perut ada masalah.Aku tak pakai lagi pun minyak2 nie..Mlsnya pasal.Tgkla next week kot..try rajin2kan diri nie.
Ok lah..checkup 2 minggu lagi akan menyusul...nanti aku update lagi..

****semput sungguh akhir2 nie ****



Friday, April 16, 2010

:: Lampu tido garam pecah ::

Salam,

Lampu tido seramik yg ada garam besar2 tu pecah terbarai dan terburai kerana kelasakkan anak buah hubby.B4 tu aku siap2 nak g klinik..n solat dulu kt bilik sebelah.Dia plak duk main dlm bilik aku.tiba2 dgr cam ada benda jatuh..Ingat kan dia la jatuh rupanya lampu tido aku pecah.Waaa..segala perasaan semua ada..nak marah tgk dia dh lari turun bwh.Takut la tu..Tp nak buat camne sabar jelah coz aku tgh peknen ni.
Kalau ikut baran aku memang sakit budak kecik tu aku kerjakan..coz aku dh biasa jadi kakak sulong yg garang..segala tgn cepat je nak sampai..walaupun dh kahwin..cubit tampar ni husband la kena. 
Aku mls nak sapu dulu biar hubby balik dia tgk apa jadi kat umah dia..ikutkan aku memang tension jer..
Semalam plak aku mc coz dh beberapa hari pening kaw2..smlm ngn muntah2 nya..G klinik check doc ckp kencing kotor coz tu rasa nak pitam..Jadi kena mkn ubat antibiotik and air garam .

**** Aircond dh pasang dlm bilik..syoknya tido lena dibuatnya ****

Wednesday, April 14, 2010

:: Gambar saya sewaktu 6 bulan ::

Salam,

Untuk tatapan semua..jeng-jeng-jeng...Gambar mak buyong yg comey..huhuhu!!(sila jgn muntah hijau)


******************
tu je k..akan di upload kalau ada lagi..sekian.

Tuesday, April 13, 2010

Cara-cara membuat stok semasa dalam pantang

Cara-cara membuat stok semasa dalam pantang:


1. Mulakan pengepaman menggunakan pam
- (Case 1)Jika bayi anda berada dengan anda sepanjang masa , maksudnya tidak di warded dan tiada komplikasi. Anda boleh memulakan pengepaman selepas seminggu kelahiran.
- (Case 2)Jika bayi di warded dan anda terpaksa pulang dan meninggalkan bayi di hospital (worst case)
Anda boleh mengepam 3 hari selepas kelahiran untuk dihantar ke hospital atau bermula hari pertama sekiranya bayi tidak dapat minum secara terus dari anda.
2. Bila harus mengepam?
- Refer case 1 – setiap kali lepas baby minum & bila breast rasa penuh
- Refer case 2 – 3 jam sekali & bila breast rasa penuh
3. Berapa lama harus mengepam?
- Case 1 – 15 minit sebelah breast
- Case 2 – 20 minit sekali sebelah breast
4. Berapakan oz yg sepatutnya saya dapat?
- Untuk kedua dua case, bukan output(oz) yang menjadi ukuran tetapi masa yang dispend untuk stimulation (15min/20 min). Anda akan dapati output semakin meningkat hari ke hari.
5. Bagaimana harus saya simpan?
- Simpan hasil pam yang pertama didalam fridge (katakan 1 oz). Hasil pengepaman yang kedua (katakan 1 oz) pun di simpan. Begitu juga hasil pengepaman kali ketiga dalam hari itu (katakan 1 oz) pun di simpan di dalam fridge (tempat tidak beku). Susu tahan selama 4 hari didalam fridge.
6.Bolehkan saya mencampurkan semua susu yang saya dapat pam?
- Boleh, asalkan suhu ketiga tiga susu diatas (refer jawapan no 5) adalah sama suhu (sejuk didalam fridge). Campurkan sebanyak 3 oz dan bekukan di dalam freezer. Labelkan tarikh.
7. Bolehkan saya beri susu yang di pam kepada bayi untuk diminum melalui botol (semasa dalam pantang)?
- Anda digalakkan untuk TIDAK memberi bayi minum melalui botol selama 30 hari pertama untuk mengelakkan nipple preference. Kecuali dalam hal2 kecemasan seperti ibu ke klinik tanpa bayi, bayi ditahan di wad (refer case 2 di soalan 1).
8.Bagaimana jika bayi terjaga dan mahukan susu semasa saya mengepam?
Berhenti mengepam dan susukan bayi. Tiada istilah susu dah habis dipam kerana susu sentiasa dihasilkan. Selepas bayi minum, anda boleh sambung kembali mengepam selama 15 minit.
9. Boleh kah saya pam selama 1 jam berterusan?
Anda tidak digalakkan berbuat begitu kerana dibimbangkan akan merosakkan tisu nipple. Bagaimanapun, anda boleh mengepam 20 minit, berhenti 10 minit, dan sambung kembali selama 20 minit. Teknik ini dipanggil Power Pumping – khusus untuk mereka yang mahu meningkatkan penghasilan susu ataupun dipanggil relactation.
10. Bolehkah saya simpan susu sebanyak 8 oz satu bekas(untuk menjimatkan ruang di dalam freezer)?
Anda boleh. Cuma anda digalakkan menyimpan sebanyak 3 oz satu bekas untuk kemudahan anda/babysitter memberi bayi minum semasa anda mula bekerja nanti.
11. Bila saya boleh mula mengajar bayi minum susu?
10 hari sebelum mula bekerja dan meal semasa siang(dalam jangka waktu ibu bekerja) sahaja diberi botol.
12. Bagaimana kalau bayi saya tidak mahukan susu dari botol?
Jangan bimbang, mengajar bayi utk minum melalui botol adalah jauh lebih mudah berbanding mahu mengajarnya minum dari breast. Jadi jika dia berjaya minum dari breast anda, pasti dia boleh melakukannya utk minum dari botol. Bayi adalah makhluk yang paling bijak, dia tahu bila dia lapar. Orang dewasa bila lapar pun masih boleh buat tak tahu…tapi bayi akan meminta


** kredit to http://www.diyaluna.com

Friday, April 9, 2010

:: Jalan-jalan Plaza GM :::

Salam,

Semalam aku bookoff,follow mak,angah, n amy g Plaza GM kat Chow Kit,KL.Maklumla tak pernah pergi plaza ni.Macam-macam ada jual..tp kebanyakkan semua yg borong2 la..Aku g pun coz adik aku yg kat MRSM tu jual pin comel.Cam2 kartun ada..lawa2 plak.Cakap je nak bentuk apa.Dia plak rajin benar berbisnes nie..Biasa ikut my mum.Si kembar bisnes jurumakeup..kalau kwn2 dia ada event kat uitm tu..dia la makeupkan.Hasil tangan dia memuaskan.1st time aku sponsor dia g kelas makeup kat UIA tu..Takpe ,pasni kalau ada lebih rezeki aku nak hantar dia g kelas yg lain plak.Best tau rasanya dpt tolong adik beradik.Lagipun we all girl..so memang rapat la..Apala aku melalut ni kan..
Oh!ya..kat plaza GM aku beli pensil case besar..senang nak taruk alat tulis aku.Actually ,aku dh beli mcm2 kad keras la,maker pen la..gunting n semua2 la..Hajat di hati nak buat flash kad untuk anak aku.Tp tak start2 buat lagi.Sementara dorg legar2 cari pin comel tu..aku jalan la sorang2 merayap dr satu kedai ke kedai..terjumpa plak kedai yg jual barang MAC.Memang tak ori pun.Tp gred A la.Aku beli eyeliner je coz eyeliner Avon aku dh patah sikit yg jenis stik tu.Yang jenis liquid Cosway punya tinggal skit.
Dengan gatalnya aku beli la eyeliner liquid ni brand MAC.saje nak try.G mana2 aku suka pakai tu jer..lawa sikit mata aku tu.

:: Inilah liquid eyeliner MAC yang aku beli  ::