Sunday, November 29, 2009

Salam Aidiladha

Salam
Selamat Hari Raya Haji kepada seluruh umat Islam dan tak lupa juga pada mak ayah yg sedang
menunaikan haji.Tak sabar nak tunggu dorang balik..+ ole2 yg banyakkkk...
Raya thn nie aku raya bersama suami untuk pertama kalinya di Selayang.Hubby je g semayang raya..aku tak g coz asal bediri lama2 n berjalan lebih sikit mula la rasa nak pitam.
Now this week ,nak masuk 10weeks lah..tetap rasa loya n morning sickness yg kerap..tak kira apa jua waktu..sehari ada dlm 4 5 kali gak la muntah..kdg2 tu muntah angin..Mujurla skg hubby tak bz sangat..b4 tido suh dia urut2 belakang aku..bg kuar segala angin.Klu aku tido awal
tak dptlah..Tp dh 2 mlm kan..asal aku relax2..mesti terasa perut aku nie bergerak..bunyi jantung ke..Itu aku tak pasti..
Mil ada gak naik tnya nape aku tak turun mkn..adoi..aku ni mls satu hal..pastu semput turun naik..tu masak bubur .baru selera sikit..MIL slu ckp..klu nak goreng2 takpela..tp klu nak mkn turun je kat bwh...alahai malu la plak aku..Tp untung nya dpt MIL yg baik hati..

Saturday, November 21, 2009

Sambal sotong di hari Sabtu

Salam
Hari nie..aku tido umah mak...Dh 2 mlm dh..So,pagi Sabtu adik2 aku dah balik kampung mak kat sg petani..Pakcik dtg jemput dorang..So,tinggal la aku keseorangan di KL ini..Raya haji pun dorang sambut kat sana..eeii..jelesnyaa..Rasa tak sonok coz adik2 aku takde..mak ayah plak kat Mekah..Bosan nya..Memang la hubby ada..tp tak sama coz aku rasa sunyi laa...Hubby plak keje tak tentu masa..Pas dorang sume balik..aku mula la lapar..coz dh masuk tghari kan..nak mkn apa..nak kuar mls la plak..So,belek2 dlm fridge ada la sotong yg kecik2 tu..eemm wt sambal je la..Aku msk tak pe gak..Mlm td adik2 aku masak..n dtg dekat aku..aku rasa amat la busuk n nak muntah..Aku msk tak plak muntah..
Sambal sotong:-:
Bahan2 nya ialah tumis bawang skit...msk la cili tu dlm 5 sudu...taruk air skit bg cili tu msk betul2..letak cili sos,sos tomato,asam keping..n sotong la kan..biar pecah minyak sikit baru angkat..sedap dimakan bersama nasi panas...
Aku main taruk jer..asalkan sedap..hehehe!!mak ckp belasah jer..tak yah skema..huhuhu!!Dh terer leh la campak2 jer..klu 1st time mau tak satu persatu bubuh...
K..see yaa..adios...

Friday, November 20, 2009

Duit koyak??

Salam...

Duit koyak nie terjadi petang semalam pas aku kuar duit dari mesin atm cimb..
Tgh2 nak g bank in duit keta..baru perasan duit Rm10 tu koyak separuh..padahal baru kuar dr mesin atm sebelah tu..Emm ..nak wt vamne la nie..last2 van yg bwk duit dr bank negara dtg..nk isi duit dlm mesin atm tu..brother tu ckp boleh je tukar tp nak kena isi borang la..ala lecehnyaa aku rasa..
Last2 aku g kat bank sebelah yg dh tutup tu..tunjuk duit koyak..dorg bg 1 form untuk isi ..ic la..kad bank la..and dorg ckp dlm masa seminggu bank negara akan tranfer duit Rm10 aku tu balik..Rupanya ada prosedur gak ek..tak pe la janji settle hari tu..pasni klu dh kuar duit kena cek sehelai2 duit tu..kot2 ada cacat cela ke..
** sedap mkn makaroni bakar oleh si kembar...

Wednesday, November 18, 2009

dosa tinggal sembahyang lebih teruk dari zina....

PADA satu senja yang lengang, kelihatan seorang wanita berjalan dalam keadaan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menunjukkan dia dicengkam kesedihan manakala kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya.Tanpa bersolek atau memakai perhiasan lain di tubuhnya, kulit yang bersih, badan ramping dan roma mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang sedang membelenggu hidupnya.Dia melangkah perlahan-lahan mendekati rumah Nabi Musa a.s. Pintu diketuknya perlahan-lahan pelan sambil mengucapkan uluk salam. Apabila terdengar ucapan ‘silakan masuk’ dari dalam, wanita cantik itu melangkah masuk sambil kepalanya terus tertunduk.Air matanya berderai ketika dia berkata: “Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya supaya Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.”“Apakah dosamu wahai wanita ayu?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut. “Saya takut mengatakannya,” jawab wanita cantik itu. “Katakanlah jangan ragu-ragu!” desak Nabi Musa.Lalu wanita itu memulakan cerita, “Saya...telah berzina.” Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, “Dari perzinaan itu saya pun... lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya... cekik lehernya sampai... mati,” ucap wanita itu sambil menangis sekuat-kuat hati.Mata Nabi Musa berapi-api dan dengan muka berang, dia mengherdik, “Perempuan jahat, nyah kamu dari sini! Supaya seksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!” teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka kerana jijik.Mendengar herdikan itu, wanita itupun segera bangun dan berlalu dengan hati hancur luluh. Ketika keluar dari rumah Nabi Musa, ratapannya amat memilukan. Baginya, ke mana lagi hendak mengadu kerana apabila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang betapa besar dosanya dan jahat perbuatannya.Tetapi dia tidak tahu bahawa sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun berjumpa Nabi Musa. Lalu Jibril bertanya: “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?”Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?” tanya Nabi Musa kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?”“Ada!” jawab Jibril dengan tegas. “Dosa apakah itu?” tanya Nabi Musa lagi. “Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina.”Mendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian memanggil wanita itu untuk menghadapnya semula. Dia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohon keampunan kepada Allah s.w.t untuk wanita itu.Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti, dia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tiada hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.Manakala orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah s.w.t itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya.Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya. (Dikutip dari buku 30 kisah teladan - KH Abdurrahman Arroisy)

Monday, November 16, 2009

Minyak cap kapak

Salam...
Aku tak tau kebelakangan nie aku suka hidu bau minyak cap kapak..dh cam perfume plak.
Sebab bau dia cam aroma terapi..hehehe!!Asal rasa pening ..rasa loya..rasa semacam jer..minyak ni la aku cari dulu..Kalau mlm mesti letak bwh bantal..stanby coz mlm2 terjaga rasa nak uwekkk...Arini masuk opis, Azuan member opis aku..tegur n terkezutt..aku hidu minyak nie...Dia kata minyak nie untuk skin bukan untuk hidu..racun tu.Kalau nak hidu pakai vicks coz vicks ni untuk pernafasan..Ohh..aku tak tau pun..tp best bau dia.Dia ckp tu yg lalok bila bau..tp tak elok la.Better pakai vicks...jgn pakai lagi minyak cap kapak..Minyak tu untuk sakit pale ke..hidu2 tak leh la..bahaya kat baby...Tak caya tanya doc..huhuhu!!tak pela..pasni aku bau vicks je la..coz ada bawak gak dlm handbag..Thanks to Azuan coz prihatin ngan staff dia..yerla bnyak pengalaman kan..rajin gak dia nasihat itu la ni la..Jarang orang laki nak bg nasihat and teguran nie..Bagus2..
K la nak sambung wt keje...tekak dh kembang nie..uhhh!!
*** Mlm td tukar tempat tido ngan hubby tak tau nape ngn aku nie....cian hubby susah nak lelap mata..

Saturday, November 14, 2009

Alhamdulillah...now 7 weeks


Alhamdulillah...bersyukur ke atas pemberian rezeki yg amat bernilai dari NYA...
Masih baru lagi..7 week...Perasaan gembira of cos la kan...Apapun semoga aku dpt tempuh
dengan penuh kesabaran coz loya ,muntah..semua ada la..Memang menguji kesabaran...
Setakat nie boleh dikatakan sehari mesti aku muntah sekali...dh tak leh minum susu anmum..susu lain takpe..cam HL ,Dutch Lady..coz bila terbayang susu anmum mesti rasa nak muntah..tak tau nak makan apa..roti la kot boleh.Skang hari2 makan madu,kismis,kurma je la..tak rasa plak nk muntah...Dh biasa makan kot..coz mak rajin beli madu2 nie..
Kalau time kerja la tak tahan..mesti akan tido nya sambil buat keje...kaw2 ngantuknya..
memang camtu ek??Kerja umah takde hal coz hubby rajin membantu...first class la layanan nya..sanggup melayan songeh bini nya...Tu yg best tu kan...dh kahwin..berkepit pun no hal.heheheheh!!
Sekarang aku pk diri aku and keluarga aku jer..Sebab mereka la yg paling rapat...Pedulikan hasad dengki orang coz aku bahagia dan tenang di samping insan yg menyayangi aku..lagipun mendiamkan diri lagi baik kan..Kata hubby aku...biasalah org dengki ni sebab dia tak boleh lihat kita hepi,kita bahagia..kita senang..ada je tak kena di mata dia..Apapun sy tak berdendam dgn insan yg berperasaan camtu..dan saya maafkan...Asalkan hidup saya tak dikacau.

*hepi bila mak ayah selalu call...suara ceria je kat sana...

Sunday, November 8, 2009

Membina Akhlak Anak-Anak

Mendidik anak-anak adalah wajib dilaksanakan, termasuk antara perkara terpenting dan tidak boleh dilalaikan sedikit pun. Anak adalah amanah Allahkepada kedua orang tuanya. Hati mereka masih suci dan bernilai tinggi, keadaan jiwanya yang masih kosong dan bagaikan sekeping kertas yangbelum digores oleh tulisan atau pun apa jua lakaran. Mereka menerima apasaja yang dicorak atau gambarkan, malahan ia akan cenderung pada sesuatuyang diberikan padanya. Ini akan menjadi kebiasaan dan akhirnya akanmenjadi kepercayaan.Apabila anak-anak diberi pendidikan dia akan membesar bersama kebaikandan mereka akan mendapat kesejahteraan di dunia dan akhirat. kedua ibu bapa, pendidik, pengajar serta pengasuh turut mandapat pahala. Sebaliknyajika anak itu sejak kecil dibesarkan dengan keburukan dan dibiarkan tanpamenghiraukan pendidikan dan pengajaran ( seperti seseorang yang memeliharabinatang), maka akibatnya anak itu akan rugi dan rosak binasa akhlaknya.
Maka dosanya tentulah dipikul oleh orang yang bertanggung jawab memeliharadan mengasuhnya.Ibu bapa tentunya akan menjaga anaknya dengan rapi supaya tidak disentuholeh api neraka diakhirat. Hendaklah diberi didikan, ajaran dan latihan yang baikuntuk memperolehi budi pekerti dan akhlak yang luhur. Jauhi dari bergaul dengankawan-kawan yang jahat tidak bermoral. Jangan biasakan dengan keseronokan,jangan ajar berhias dengan perkara yang tidak sepatutnya dan juga yang akanmenimbulkan keborosan, ini akan merosakan jiwanya.Dari mula sejak ia dilahirkan perlu diberi perhatian. Pengasuh dan penyusunyahendaklah dipilih dari wanita yang solehah, kuat pengangan agama dan makanan-nya sentiasa halal. Kedua ibu bapa perlu memberi contoh dan perlakuan yangbaik disepanjang pembesaran dan perkembangan fikirannya. Anak ini akan punyaiperasaan malu dalam diri sendiri, dia akan segan untuk melakukan perkara yangtidak elok, dan akan meninggalkan kelakuan yang dianggap tidak senonoh. Ini-lah merupakan cahaya akal yang dapat menerangi tindak tanduknya nanti.Semua ibu bapa inginkan anak yang soleh dan solehah.
Jadi terpulang pada mereka bagaimana untu mencorak anak mereka.ALLAH s.w.t berfirman yang bernaksud:" Wahai orang-orang yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamudari seksaan api neraka,"( Ar-Tahrim;6)

Alfatihah buat tok wan kedah

Salam,

Pagi khamis lepas mak call aku bagitau tok wan(ayah mak aku) nazak...Aku dh terkejut dan tak tahan sebak...mak dh siap2 nak balik naik bas...ayah plak kebetulan ada meting kat Bkt Raja..Klang.Time tu hati dh tak leh wat keje dh..dok pk jer..nak balik ke tak nak..Last2 pagi kul 9.30 tu g jumpa my bos..sampai2 terus nangis..huhuhu!!1st time tu nangis kat tempat keje...Bos dah ckp cool down muna..ckp satu2..i ok..Aku ckp cik han..sy nak balik dan cuti hari ni dan esok coz atuk nazak...Bos ckp..ok..nanti u apply cuti k.

Ondaway tu aku call mak ckp..along nak follow..mak tak yah la naik bas..kul berapa nak sampai..dh la sg petani ,kedah tu 6 jam perjalanannya.Hubby plak follow..klu ayah aku tak follow sekali..Kiranya ayah lambat sikit la geraknya...Pastu kul10 tu tokwan dh takde dh..Last2 gerak 1 keta je..aku.angah,mak,ayah,farah(sepupu) and amy..Kul12 gerak...bwk memang 130km/j.

Sampai sana dlm kul 4ptg..coz jalan kat sana jem plak..dgn minyak dh kelip2...Pas Asar nak tanam dh..Tp tuk ckp tunggu mak aku..jap g sampai la..Kami sampai pun...semua org dah penuh dan pandang je kami semua.. Yerlah tinggal kami je yg last...Sempat la tgk arwah tokwan..kucup pipi dia..suci bersih je muka dia..cerah..Ramai la ckp cmtu..nak mandi ..kapan ..tanam..bwk jenazah semua..ringan dan dipermudahkan la..Actually arwah tok wan..sakit tua (87thn)..Tp orang ckp sakit yg terlantar ni kita tahulah kita nak mati..coz sedang kita sakit..dosa2 kita terhapus.Kalau mati yg tiba2 tak sempat bertaubat tu la kita tak tahu.Selalu - selalu lah doa yg kita ditarik nyawa dlm keadaan yg baik..Pastu rajin2 la bersedekah..coz insyallah sedekah dpt bantu kita sok...

Dari awal kebumi sampai ke bacaan talkin..meremang aku dgr...wlaupun 5 soalan Allah swt dah bocorkan...tp kalau kita tak tau jawab juga..allhualam la..Sebab amal ibadat kita la yg akan menolong kita...Jangan tinggal solat..sebab yg paling utama disoal ialah solat.Bukan aku nak berceramah..tapi takut sangat2..sebab aku rasa cam bekalan kat sana cam tak cukup jer..

Pebendala melalut panjang2 nie kan...Apapun sy amat merindui tok wan saya..sebab dia jaga dan manjakan cucu dia lebih dr segalanya...Kasih sayang,tawa lucu dia..sampai sekarang aku ingat..Semoga roh tok wan ditempatkan dikalangan org beriman.Amin

Monday, November 2, 2009

Hutang MARA bila mau settle daaa...

Alhamdulillah berkat konsisten aku membayar hutang MARA...
Akhirnya tinggal rm4811 lagi..
So,aku target tahun 2013 bersamaan 28 thn umur aku..settle 1 hutang daaa..
Hutang keta aku target b4 umur aku 31thn .Harap2 la ..Mls la nak hutang2 nie..serabut pale kan..Insyaallah kalau ada rezeki lebih akan cepatla aku langsaikan hutang piutang aku..Baru la rasa lega yg amat...Nasib la pinjam ngn MARA ..kalau ngn PTPTN apa la nasib kan...
** mengantukss benar laa...

Sunday, November 1, 2009

Perkembangan Bayi dalam kandungan

Perkembangan Bayi dalam kandungan =)

Minggu ke 1:Pada minggu ini, menjadi menstruasi yang terakhir sebelum kehamilan. Perdarahan terjadi dan hormone-hormon ditubuh mempersiapkan sel telur untuk dilepaskan.

Minggu ke 2 :Uterus (dinding rahim) menebal dan mempersiapkan untuk tahap ovulasi.

Minggu ke 3:Merupakan masa ovulasi (pelepasan telur). Kehamilan terjadi pada saat ini.
Pembuahan terjadi pada saat sperma dari pasangan anda bertemu dengan sel telur anda di tuba falopi. Pembuahan memerlukan waktu 4 hari, setelah telur dibuahi maka dinamakan zygote

Minggu ke 4:Saat buat si zygote kecil untuk menemukan tempat didalam rahim anda. Dengan berakhirnya minggu ini, anda tidak mendapat menstruasi, dan menjadi tanda pertama kemungkinan kehamilan. Pada beberapa wanita mendapatkan sedikit perdarahan dan disalahartikan sebagai menstruasi, sebenarnya perdarahan yang sedikit itu karena implatasi dari zygote ke dinding rahim anda.

Minggu ke 5:Ukuran bayi anda sekarang sekitar sebuah biji aple dan pada minggu ini disebut sebagai embrio. Bayi anda sudah mempunyai detak jantung sendiri, plasenta dan tali pusat sudah berkerja sepenuhnya pada minggu ini. Vesikel-vesikel otak primer mulai terbentuk, sistim saraf mulai berkembang.

Minggu ke 6:Embrio terlihat seperti berudu. Pada minggu ini dapat mengenali kepala, ekor, tangan dan anggota badan masih seperti tunas.Pada minggu ini pembentukan awal dari hati, pancreas, paru-paru,kelenjar tiroid dan jantung.

Minggu ke 7:Jantung sudah terbentuk lengkap. Saraf dan otot bekerja bersamaan unutk pertama kalinya. Bayi mempunyai reflek dan bergerak spontan(anda belum dapat merasakannya). Akhir minggu ke ini otak akan terbentuk lengkap.

Minggu ke 8:Embrio sekarang berukuran panjang sekitar 25-30 mm. Lengan dan kaki sudah terbagi menjadi komponen paha, kaki,tangan, lengan, bahu. Organ reproduksinya mulai terbentuk begitu juga dengan kartilago dan tulang. Telinga luar sudah terbentuk sempurna, mata membentuk pigmen. Didalam otak, jaringan saraf berhubungan dengan lobi penciuman di otak.Jantung sudah memompa dengan kuat dan irama teratur.

Minggu ke 9:Pergerakan pertama fetus dapat dideteksi dengan USG. Pada minggu ini perut dan rongga dada sudah terpisah dan otot mata dan bibir atas terbentuk.

Minggu ke 10:Tulang sudang menggantikan kartilago. Diafragma memisahkan jantung dan paru-paru dari perut. Otot leher terbentuk. Otak berkembang cepat dalam bulan terakhir ini sehingga proporsi kepala lebih besar daripada tubuh.

Minggu ke 11:Organ seks luar sudah terbentuk, juga folikel-folikel rambut dan gigi. Bayi sudah dapat menelan cairan amnion dan mengeluarkan kembali(kencing).

Minggu ke 12:Ukuran fetus anda sekarang sekitar 8 cm. Semua organ vital bayi sudah terbentuk.Dengan signal dari otak, otot akan merespon dan bayi sudah dapat menendang.
Akhir trimester pertama,organ-organ tubuh bayi sudah terbentuk. Rasa mual dan lelah pada anda sudah hilang. Perkembangan selanjutnya anda akan melihat pertumbuhan bayi (dan juga anda) bertumbuh lebih besar.

Minggu ke 13:Panjang bayi sekitar 7,5 cm dengan trakea, paru-paru, perut,hati,pancreas, dan usus berkembang ke fungsi terakhir. Pita suara mulaiterbentuk, dan tunas gigi muncul dengan 20 gigi bayi. Pada minggu inijari tangan, telapak kaki, mulai terlihat.

Minggu ke 1 4:Pada minggu ini organ seks bayi sudah dapat dibedakan antara lakidan perempuan. Denyut jantung bayi berdetak kuat (detak jantung hampir2X lebih cepat dari anda) dan anda dapat mendengarkannya di dokteranda. Sudah memberi respon terhadap dunia diluar rahim ibu, bayimungkin akan bergerak bila anda mengusap perut anda, tapi anda mungkinmasih belum dapat merasakannya.

Minggu ke 15:Bayi anda sudah mulai dapat mendengarkan anda, mendengarkan denyut jantung anda, suara perut anda, juga suara anda.Sekarang bayi anda sudah mulai mempunyai rambut di kepalanya, juga bulu mata dan alis.Ukurannya sekarang 114 gram dengan panjang sekitar 15cm.
Minggu ke 16:Jika anda melakukan USG saat ini mungkin anda dapat mengetahuijenis kelamin. Otot bayi sudah berkembang dan menjadi kuat. Gerakannyasemakin aktif. Mulai mengisap ibu jarinya, menguap, merenggangkantubuhnya, sudah menelan-kencing dan cengukan.Pada minggu ini jika sinar terang diletakkan diperut anda bayi akan mengerakkan tangan – matanya.

Minggu ke 17:Masih banyak ruang dalam rahim anda bayi akan bergerak merasakansekitarnya. Kulit bayi anda berkembang dan transparan. Terlihat merahsebab pembluh darah masih terlihat jelas.

Minggu ke 18:Sekarang bayi sudah dapat mendengarkan suara dari luar tubuh anda,bayi akan bergerak atau melompat ketika mendengarkan suara keras.Otot bayi sudah dapat berkontraksi dan relaks, bayi sudah dapatmenendang atau meninju. Bergerak sangat aktif , dalam minggu inimungkin anda sudah dapat merasakan gerakan putarannya untuk pertamakali.

Minggu ke 19:Sekarang panjang bayi anda sekitar 23 cm. Jika anda belum jugamerasakan bayi anda, mungkin anda akan mulai mersakan gerakkanya mingguini.

Minggu ke 20:Otot bayi anda semakin kuat tiap minggu. Jika anda masih belumdapat meraakan gerakkanya, anda pasti akan merasakan gerakkanyasekarang. Anda mungkin salah mengartikan gerakkanya pertama kalisebagai angin, karena terasa seperti letupan gelembung-gelumbungdidalam.Bayi anda bergerak sekitar 200 kali sehari , tapi anda hanya akan merasakan sedikit dari semua gerakan ini.

Minggu ke 21:Panjang sekitar 28 cm. Anda akan merasakan lebih banyak gerakan bayi anda sekarang karena bayi makin aktif.

Minggu ke 22:Bayi anda sadar akan lingkungannya dan bayi akan merasa tenangketika mendengarkan suara dan sentuhan anda diperut. Tubuh bayi mulaimemproduksi sel darah putih. Ini penting untuk bayi dalam melawanpenyakit dan infeksi.

Minggu ke 23:Panjangnya sekitar 23 cm. Sekarang ukuran kepalanya sudah sesuaidengan tubuhya . Saat ini bayi terlihat sama seperti akan lahir nantitapi lebih kecil dan kurus saat ini.Anda dapat mendengarkan detak jantung bayi anda denganstestoskop.(letakkan stestoskop langsung diperut anda). Pertumbuhanotak sangat cepat.

Minggu ke 24:Pendengaran bayi sudah terbentuk sempurna. Bayi akan bergerakdengan suara musik dari luar. Bayi membentuk pola kapan saat tidur dankapan saat bangun, anda akan merasakan dengan suatu saat bayi bergerakterus, dan saat lain tidak.

Minggu ke 25:Bayi mulai berlatih bernafas dengan menghirup dan men
hembuskancairan amnion, yang mana kadang membuat bayi cegukan—dan anda akandapat merasakannya juga.

Minggu ke 26:Bayi sudah mempunyai lemak dibawah kulit, yang akan membantumengontrol suhu tubuhnya pada saat lahir. Wajah dan tubuhnya secaraumum akan terlihat bayi saat lahir. Panjang sekitar 28-32 cm denganberat sekitar 680 gram.

Minggu ke 27:Matanya sudah terbuka dan melihat sekelilingnya untuk pertamakalinya. Bayi terlihat seperti bernafas tetapi sebenarnya bayimengambil air bukan udara. Ini merupakan latihan yang baik untukparu-parunya.

Minggu ke 28:Pada bayi laki testis akan turun ke kantung skrotum.Jaringan otak berkembang. Sekarang bayi anda dapat bermimpi.
Minggu ke 29:Posisi bayi saat ini mempersipakan diri seperti posisi lahir dengan kepala kearah bawah. Jaringan lemak terus terbentuk.

Minggu ke 30:Bayi anda mengisi hampir seluruh ruang di rahim anda. Ketika bayimenendang atau mendorong, anda dapat melihat kaki atau tangannyabergerak dibawah kulit perut anda.Otak berkembang sangat cepat.

Minggu ke 31:Bayi makin bertumbuh besar, maka ruangan rahim menjadi lebihsedikit, bayi akan berkurang gerakknya. Bayi kemungkinana dalam posisimelengkungkan badan dengan dengkul dilipat, dagu di dadanya dan tangandan kaki saling bersilang.

Minggu ke 32:Bayi berada dalam posisi kepala dibawah sampai nanti lahir. Bayiakan tetap menendang, gerakan rata-rata sehari meningkat 375 perhari,tapi anda tidak akan merasakan semuanya ini, 10 gerakan sehari sudahnormal.

Minggu ke 33:Anda akan makinmerasakan gerakknya karena bayi mengisi hampirseluruh ruang rahim. Gerakan akan menjadi aktif suatu waktu yangmembuat anda tak nyaman,terutama ketika kakinya dibawah tulang rusukanda.Bayi mempunyai seluruh rambutnya pada minggu ini.
Minggu ke 34:Pertumbuhan terutama pada otak dalam minggu –minggu ini.Semua system tubuh sudah terbentuk sempurna, walaupun paru-paru masih tetap belum matang.Bayi memberi respon terhadap suara yang familiar.

Minggu ke 35:Bayi terus menambah cadangan lemak bawah kulitnya. Kepala bayi sudah mulai memasuki panggul.

Minggu ke 36:Mulai dari minggu ini bayi sudah mempunyai ukuran dan kematanganyang siap untuk lahir. Jika bayi lahir pada minggu ini bayi lahirpremature tetapi akan bayi akan baik saja.Pada bulan terakhir kehamilan ini bayi akan mendapat antibody dari ibunya, seperti campak.Lemak akan terus bertambah diabwah kulit bayi setiap hari.

Minggu ke 37:Bayi akan terus berlatih untuk mengerakkan paru-parunya, karena bayi akan bernafas setelah dilahirkan.Jika posisi kepala bayi dibawah maka kemungkinana kepala sudah memasuki panggul ibu pada minggu ini.

Minggu ke 38:Reflek bayi sudah terkoordinasi, bayi sudah dapat mengedipkan mata,mengerakkan kepala, memegang, dan merespon suara, sentuhan, dan cahaya.Bayi sudah dapat membedakan antara terang dan gelap.

Minggu ke 39-40:Bayi sudah siap untuk lahir.Bayi sduah terlihat cukup montok sekarang, dengan lemak yangterbentuk dibawah kulitnya, akan mampu mengatur suhu tubuhnya saatlahir.Kulit bayi halus dan lembut. Berat bayi sekitar 2.7kg-3.2kg dengan panjang sekitar 50 cm.

Selamat, saat ini setiap waktu anda akan menjadi seorang ibu!