Monday, January 18, 2010

Outdoor photoshoot

Salam


Tajuk arini outdoor photoshoot...

Tp bukan aku yg menjadi model..cuma jadi model banner jer..Jadila kan..

Bangga jap..huhuhu!!

Tq pada kak ct...nanti kalau ada project pas sy habis pantang and kembali kurus..Silalah calling sy menjadi model anda..hahahha!!Cam best plak kan..sebenarnya dr sekolah lagi berangan coz dlm family aku jerla yg tinggi..adik2 semua rendah2..so aku suka sangat menyakat dorang..Jahat x?ala gurau je pun..


Friday, January 15, 2010

Now 4 months !!!

Salam
Semalam genap 4 bulan usia kandungan ku...ikut perkiraan doc fauziah,30 Jun 2010 ni due date.
Ala ..cepatnya masa berlalu..gementar pun ada...teruja pun ada..semua perasaan ada pada setiap perempuan yg pertama kali akan menjadi ibu kan..Kalau takde perasaan camtu..tak tau lah..
Mlm td g checkup ditemani adik ku angah..coz hubby keje.Jadi,doc amik darah,air kencing,timbang berat (naik 2 kg,so 60.5kg skg)..Doc pun scan,dh nampak dh jantung,tgn,kaki baby.Tp sebab samar2 aku tgk jelah..padahal aku tak nmpak sgt.hehehe!!Tak kisahla janji bab sihat kan.
Doc ckp bagus..baby berkembang dgn sepatutnya.Result darah akan ketahui 3 hari lagi nak tentukan darah merah bnyak ke atau darah putih ke...Jantina tak dpt dikesan..lagi.Selain itu,doc pesan bulan depan you kira la pertama kali dia start tendang coz i nak tau bila tarikh dia bergerak.Tp nape skg ni kdg2 aku rasa dia bergerak ek..lagi2 time tgh relax,baring2..
Aku siap tunjuk gambar scan kat mak lagi...selalu gak mak pesan jaga mkn..bnyak mkn madu,kurma..kismis semua..Oh!! mak..semua memang sy mkn ..siap bwk g opis lagi..Mengaji pun tiap2 mlm..skg aku dh beli headphone..senang letak kat perut.Mak ckp ngaji tetap ngaji...bg gak baby dengar music..surah2..:-)
** tak sabar nk mkn telur ayam kg..tq mak..muah!!love u so much...

Thursday, January 14, 2010

Berapa lama susu ibu tahan??

Berapa lama susu ibu tahan (sekadar rujukan)

Berapa lama perahan susu ibu tahan yer?
Ada banyak situasinya. Kena faham betul2 supaya susu yang diperah akan kekal khasiat dan kualitinya.
Susu yang baru diperah:
tahan selama 4 jam dalam suhu bilik
Biasanya aku tak biar sampai 4 jam. Letak kat luar kejap, pastu terus masuk fridge.
Tahan sehingga 8 jam dalam bilik ber aircond
Walau bilik kerja aku sejuk gila, paling lama aku biar kat suhu bilik adalah 2 jam sebelum dipindah masuk ke fridge
tahan sehingga 12jam di dalam cooler box
Mesti kena support dgn icepack/brite ice yang banyak.
Susu yang dimasukkan dalam fridge
Tahan sehingga 4 hari di bahagian fridge bawah
Ketahanan 4 hari ni adalah pada bahagian paling dalam dan berdekatan ngan freezer.
Kalau letak pada bahagian tepi tahan 2 hari jer.
Aku biasa paling lama pun 2 hari jer dalam fridge.
Susu yang dibekukan
Peti ais 1 pintu : 2 minggu
Peti ais 2 pintu : 3 bulan'
Deep freezer/chest freezer : 6 bulan (sebenarnya lebih tapi WABA state just 6 months to maintain the nutrient)
Susu beku yang dicairkan
Mesti digunakan dalam tempoh 24 jam dari masa selepas cair
Susu yang dipanaskan
Mesti dihabiskan dalam tempoh 1 jam
Seandainya diberi fresh EBM dan masih ada baki susu, susu tersebut boleh disimpan semula ke dalam fridge untuk penyusuan berikutnya.
Susu yang telah dipanaskan tidak boleh dibekukan semula.
Elakkan untuk memanaskan susu berulang kali. Ini akan mengurangkan khasiat di dalamnya.
Bagaimana nak tahu susu itu masih elok atau tidak?
Biasakan diri untuk merasa susu yang baru diperah.
Dan adalah normal susu yang disimpan di dalam fridge atau tempat beku berbau tengit sekiranya diletak berhampiran bahan mentah seperti daging/ikan/ayam.

Sunday, January 10, 2010

Penjimatan CD




Mari kita kira....dah berapa banyak anda rugi/untung??
Kos menggunakan Dispo Diapers (DD).Katakan sehari 6 kali dan katakan harga sekeping DD ialah RM0.60
RM0.60 X 6 = RM3.60 sehari
RM3.60 X 365 hari=RM1314 setahun
RM1314 X 3 =RM3942 untuk 3 tahun
**Kos yg sama akan diteruskan utk anak yang seterusnya.
Kos belian Cloth Diapers (CD) berharga RM38.
Beli 10 helai : 10 x RM38 = RM 380
Beli 20 helai : 20 x RM38 = RM 760
**Nampak tak perbezaannya??Hanya RM760 untuk sepanjang tempoh 3 tahun penggunaan.
**Lebih banyak stok CD anda lebih tahan lama kerana lambat lusuh.
**Jimat kerana boleh digunakan untuk anak yang seterusnya.
**Bertambah-tambah penjimatan anda kerana boleh digunakan dari saiz S,M & L.

MAMAPAYISH MEMBERS!

Hari ini aku mendaftarkan diri di MAMAPAYISH MEMBERS!

Sebab:
Ahli akan mendapat potongan tetap *RM1.00 bg setiap satu produk
yang di beli di onlineshop ini & *RM2.00 untuk belian Pakej Promosi
*(Hanya sah untuk Produk cloth diapers, anti virus. Laundry Bag dan wet bag)

Budget nak beli tapi duk kumpul duit la nie...:-)

Sunday, January 3, 2010