Wednesday, August 26, 2009

Mengekalkan Kebahagian Rumah Tangga

10 Tips Mengekalkan Kebahagian Rumah Tangga

1) Beri pujian kepada isteri
Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas.Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur.

2) Dengar pendapat isteri
Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu semasa boleh dijadikan sebagai ‘ice-breaking’. Kemudian,berbincanglah mengenai hal rumah tangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri mengenai masalah kerjanya.

3) Penuhi hajat isteri
Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi suami. Bukankah pemberian itu melambangkan anda suami yang amat menghargai pengorbanan isteri.

4) Anggap pasangan seperti diri sendiri.
Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi apatah lagi pasangan suami isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh banyak pasangan. Pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri. Kemana pon anda pergi, potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumahtangga akan bahagia.

5) Isteri bukan pembantu rumah
Banyak suami menganggap kerja-kerja rumah tanggunjawab isteri seratus peratus. Padahal dalam Islam, tidak ada hukum isteri wajib melakukan kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaiknya akan dijamin syurga. Itu sahaja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja rumah yang mereka lakukan.

6) Isteri juga manusia
Mereka ialah golongan wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka redha dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun, jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.

7) Ingat tarikh penting
Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Cukup sekadar seutas jam atau sehelai tudung. Jika ‘budget’ anda tidak mencukupi, memadai sekuntum bunga dan sekeping kad.

8) Bantu ringankan tugas isteri
Suami perlu turun padang membantu isteri jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak,membasuh dan mengemas rumah. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk, cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan anda masak. Tentu dia gembira dan tersenyum.

9) Bawa isteri berehat
Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri kebebasan baginya kerana isteri tidak dapat menghidu apakah dilakukan di belakangnya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat peranginan.

10) Ciuman khas untuk isteri
Cuba tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat selepas penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isterinya.

Perasaan ??

Cakap pasal perasaan nie...cam2 perasaan kita ada yg Allah swt anugerahkan pada kita..
ada suka,duka,sedih,gembira,riak,bongkak,kecewa dan lain2...
Aku skang merasai perasaan yg mengundang sakit mental aku...
Aku rasa nk angin jer....nak marah...sensitif...kadang lebih suka diam..senyap..dan rasai cam jasad tak berhidup..roh jer berjalan2...Masalah yg tak habis2...dtg....coz aku sendiri pk mslh itu...hehe!!
Apa aku nak cakap nie...melalut jer...YERRR...hubby pun ckp aku suka melalut bukan2...


*** frustnye dtg bulan....sedikit kecewa :-( ****

Saturday, August 22, 2009

Hari pertama berpuasa ??

Hari pertama berpuasa :

~~ sebagai seorang isteri
~~ berdua dengan suami
~~ rasa bahagianyaaaa...dpt g terawih sama-sama
~~ kul 4 suku je dh turun tolong mak mertua hidang2 n panaskan lauk..
~~ buka posa pun camtu gak tolong2 apa yg patut...
~~ walaupun penat giler...yela keje lagi..n sebagainya...gagahkan juga la mengemas umah.mana
taknya aritu g lumut pastu balik johor....memang takde masa nak kemas2 umah nie...
~~ mujur hubby faham...tolong basuh baju..kadang2 klu tak sempat dia gak la sidai n angkat
baju..tq la sayang..baru la ada skit ciri2 suami mithali..heheheh!!(bengang dia klu aku ckp
cmni).

k la...aku arini tibe2 pening...hubby dr mlm td pun pening.pening berjangkit ??ada ke...??
Adios..

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Di kesempatan ini ...saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa..kepada
pembaca2 blog saya..tak kira siapa anda...
**********
Apepun saya telah mohon maaf pada Dia yg amat membenci saya...dan memaafkan nya juga..Saya tak harapkan pohon maaf dari nya kepada saya...kerana saya tau dia akan mendelete saya sampai mati...
Apapun terpulang....new book always open every day by me.
it's time to human change...to be better n better..I hope Allah swt always care about my life..n give me time to do my best in my life..
Adios...

Thursday, August 20, 2009

Rahsia Tarian Poco-poco

Rahsia Asal Usul Tarian Poco-poco.

Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan-rakan semua tantang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri-suri rumah dan badan-badan kerajaan ketika manghadiri kursus.
Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib.
Mungkin kita tak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh-musuh islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan.
Saya dulu pernah terfikir, kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman?
Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi ‘menarikan’ lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.
Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan ‘keasyikkan’ menarikan tarian ini.

** pssstt...aku minat gak tarian nie..sampai nak belaja menari..tp pas dh tau..tak ingin la...

Thursday, August 13, 2009

Ikan Keli Berlada

Salam,
Hari nie baru rasa nak update blog...bz memanjang.Last week my MIL buat kenduri tahlil.Masak mee kari...cedapppp nya...Aku tukang hidang je..coz ptg tu antar si iza(adik bongsu) balik MRSM KKB...sampai umah pun kat kul 7mlm.jalan jem plak ulu yam tu..Tahlil pas maghrib..
Semalam Khamis ..aku pose.Pose apa??posa ganti la..tggal lagi sehari jer..Next week la baru pose.Semalam gak hubby goreng ikan keli..Ikan keli ni family dia bela..Rasa nya ikan tu baru 4 bulan coz pendek skit..Aku yg nak bukak pose nie.. g la usya hubby goreng2..4 ekor dia goreng.Aku ckp kat hubby nak buat sambal la..takkan nak mkn goreng je.Hubby perli aku.."reti ke?''....Wah!!...cabar nampak..Siap dia!!hehhehe!!
Oh ya..resepi ni aku main campak2 jer..sebab kat umah slu buat.actually kembar yg adik tu la selalu masak..cilok resepi dia..huhuhu!!(adik,klu ko baca ni jgn perasan ok)..hehehhe!!


Bahan2nya ialah....
1. ikan keli ( tak kisah berapa bnyak..biasa 5ekor la)
2. 1 keping asam atau air asam (setengah cawan)
3. secubit gula( secukup rasa)
4. garam(secukup rasa)
5. minyak masak (of cos la)

Bahan kisar plak:
1.10 cili api ( sukati nak buh bnyak mana)
2.10 cili merah (sukati bnyak mana taruk)

Cara-caranya ialah:

1.Basuh la ikan tu dulu..hilangkan hanyir ngn air asam ke..limau purut ke
2.goreng ikan tu (letak ler kunyit n garam b4 goreng)
3.Tumis bahan kisar tu ,masuk gula n garam td
4.sambal goreng td curah atas ikan tu..

So,siap..leh makan k...yummy!!

Saturday, August 1, 2009

Bila nikmat deria 'rasa',Tuhan nak tarik...

Hari ni dah 3 hari aku demam...
38.8 Celcius wlupun nampak cam rendah...tp leh wat pale aku pitam...
tido ,mkn ubat..selimut...tak berpeluh2 gak...penat tido nie..
Berehat kat umah mak aku...sume demam...tp best nya walaupun mak demam..tp ingat gak kat anak dia...tolong lap2 ngn air bunga raya+lidah buaya...Tu rasa tak nak balik...
Ayah plak jenguk aku ....kat bilik.Adik aku jelesla..heehhe!!Ala bukan selalu dpt manja...
Bukan tak nak duk umah sendiri..tak nak anak buah my hubby berjangkit plak demam..
Mlm memang tido umah mak la...hubby tido sorg2 je..yela keje kan..Ni pun pening lagi walaupun dh mkn ubat....keje mkn roti jela...makanan lain nak mkn pahitnya.Time ni aku sedar camni la rasa kalau nikmat deria rasa Tuhan nak tarik...bersyukurla apa yg Tuhan bagi...Tak mkn rasa nak muntah...dh makan pun rasa nak muntah...Bukan pegnent yer... :-)
K la doakan aku sembuh secepat mungkin... Adios ~~