Tuesday, December 21, 2010

~ Susu BioLac dan Growell~

Salam,
Ketika entry ini dipostkan.Alya sekarang 5bulan lebih.Lately nie,Alya minum susu amat kuat dalam 20++oz sehari.Habis licin susu EBM aku.Adoi..hari nie pam baru dpt 3 botol kat opis.Maknanya gigihlah diri ni nak pum 3 botol lagi untuk esok.Last2 dan berat hatinya aku terpaksa campur gak.Jadi stanby kan susu biolac brand era edar.Dulu masa peknen amik Salindah.So,continue product dia la.Tp stok ebm aku tetap bekalkan kat MIL.
Alya plak dh start mkn 5bulan 2 week.MIL bg Alya makan tepung beras.So far ok je Alya makan.Bajet nk bg dia makan 6bulan.Tp tau2 je Alya dh mkn.Adoii..nak buat camne..(wlupun rasa bersalah)..tp Alya ni nak makan je keje.So,dr bg tepung beras yg tak de nutrien tu..(ceh..pandai2 je aku)..Aku beli lg satu produk era edar iaitu Growell.Growell ni leh makan dr umur 4bulan.Jom tengok apa yg ada kat Growell nie..



Makanan bijirin beras dan melukut, ditambah garamtisu biokimia. Amat baik untuk bayi dan kanak-kanak berumur 3~ 12 bulan. 
  
GROWELL menolong penghadaman dan menambah selera, menjauhkan kembung perut, sembelit dan ragam tangis, menyenyakkan tidur, membantu membina darah, tulang, gigi, menguatkan otot dan sendi, menghindarkan penyakit kulit dan membantu perkembangan akal yang cerdas. 

 Biolac :
 
Merupakan serbuk susu dari susu yang dipasteur, mengandungi kombinasi garam tisu Biokimia yang diformulasikan oleh Prof. Dr. Azizan Ismail.


Keistimewaan tambahan garam tisu biokimia:
  • Kesuburan, pertumbuhan dan pengembangan fizikal, emosi dan mental
  • Kecergasan dan kecerdasan
  • Mencegah gangguan kesihatan, demam, selesema, batuk dan ruam
  • Menyihatkan kulit dan rambut, menguatkan tulang dan gigi
  • Membuang bahan toksid dalam badan
  • Membaiki penghadaman, pencernaan dan perkumuhan
  • Mengurangkan ragam tangis dan memudahkan penjagaan













Monday, December 20, 2010

Bahasa Bayi! Adakah Benar Bayi Berkomunikasi Melalui Tangisan?

Biasanya, setiap kali bila bayi menangis, ibunya akan terus menyusukannya. Sebenarnya, lapar bukanlah satu-satunya sebab bayi menangis. Selain dari lapar, bayi akan menangis bila menghadapi keadaan-keadaan seperti penat, kembung perut, tidak selesa, perlu sendawa dan beberapa sebab lagi.


Seorang ibu mendakwa bahawa beliau boleh berkomunikasi dengan bayinya dan faham apa kehendak-kehendak si comel bila mereka menangis. Pendek kata, beliau boleh faham 'bahasa bayi'.
Dengan meneliti bunyi tangisan bayi, beliau boleh bezakan sama ada bayi tersebut, penat, letih, tidak selesa, perlu sendawa atau sebab-sebab lain.

Jika seseorang ibu itu faham sebab-sebab bayi menangis, tidak akan timbul masalah bayi tersebut menangis berpanjangan kerana apabila kehendak bayi itu dipenuhi, sudah pasti dia akan berhenti menangis.

Menurut ibu tersebut, tangisan bayi bukanlah satu bunyi yang dihasilkan secara rawak, tetapi ia adalah satu bentuk komunikasi oleh bayi bagi menyampaikan keinginan mereka.

Tangisan adalah merupakan 'bahasa universal' bagi bayi. Buktinya, teknik yang digunakan oleh si ibu ini telah diuji oleh lebih dari 1000 bayi dari 30+ bangsa seluruh dunia.

9 daripada 10 ibu-ibu memberikan respons yang positif terhadap teknik ini.
70% ibu-ibu melaporkan bahawa mereka lebih yakin dan selesa setelah berjaya mengenalpasti teknik ini.
2 daripada 3 bapa melaporkan bahawa tekanan emosi yang mereka hadapi berkurangan dan hubungan rumahtangga yang lebih harmoni.
Anda tak percaya?
Salah seorang dari ibu tersebut telah membuktikan fakta ini dengan menggunakan rakaman video anaknya sendiri.
 Nak tengok? KLIK SINI.

Tuesday, November 30, 2010

::Wedding angah::

Salam,

Sabtu 27hb adik aku angah nikah.So,majlis nikah buat kat surau.Tempat sama ngan aku nikah dulu.Gambar sebenarnya banyak tp camera kat adik aku.So dapat yg ni je la...layannnn...









Monday, November 22, 2010

~ Busha oh busha!! ~

Salam,
Arini mama Alya dpt bungkusan dr pos laju.Mama Alya beli 7 helai suar dr online shop.Banyakkan??Seluar busha 4 helai 3 lagi seluar cotton bunga2.Jd jumlah kt Rm50.Beli time sale memang berbaloi2 kan.Alya boleh pakai masa merangkak nanti.Mesti comel minah ni pakai.Mama Alya beli suar je coz baju Alya atok & sepupu Mama Alya bg punya lah banyak.MIL plak tiap2 bulan bg 2 pasang baju..jimatla skit kan.

                                                        yg atas ni lah busha alya
                                                      pink color..lawa
                                                                           rama2 biru
     
hijau menawan

*** kena beli suar panjang coz atok dia x mau calar balar kaki cucu dia****

Monday, November 15, 2010

~ syoknya ada kedai~

Salam,

Lama x update kan..biasalah bz sokmo.(bz la sgt).Dah 4 hari dh tak sihat sgt.Demam+ selsema+batuk semua lah.Hari ke 1 demam tu memang lembik giler la.Makan apa je muntah.Kuar masuk toilet tah bape kalila.Sampai nak mandikan alya pun tak larat.Mujur papa dia tolong mandikan.
Mengah gak la papa dia nak mandikan.Debabbbb dan babam alya ni.
Oh ya..skg ni aku tgh wt bisnes yg mendatangkan duit.Yerlah dr buang masa duk berfb bazir elektrik dan membayar streamyx je..baik wt bisnes.Aku wt bisnes jual cadar Beethoven.So sape2 nak tgk,sila taip Alya Beethoven .Anda akan jumpa pelbagai design,warna cadar yang menarik dan membuatkan mata anda seperti magnet yg melekat..hahaha!!Skg ni tgh ondaway wt blog untuk menjual cam2 produk lagi.Awal thn depan akan di launchkan.Semoga bertambah2 rezeki.Amin.

Sunday, October 31, 2010

:: Alhamdulillah..bersyukur::

Salam,
Anyway..dr mana nak start citer ni..blur jap..
Oh ya! sungguh lama mama Alya bercuti..mana tak nya tiba2 stok susu EBM Alya habis..bajet ada lagi 3 botol.Tp tibe2 datang bulan yang pertama.Aku rasa la coz yg ni lama .Mybe yg bulan lepas tu aku g minum air halia+sireh n apatah lagi..jiran bagi.Dia rajin buat jamu2 ni.Disebabkan minum tu la kuar segala darah2 kotor.tapi 2 hari je.
Bulan ni nya ,first time aku pump 2 2 belah hanya dpt x sampai 20z.Isk..memang sedih giler la.Aku pump sampai berderai la air mata ni.Tapi tetapkan positif ada ni susu.Sampai la esoknya hari ke 2..aku call kak farah dr Sarakids.Tanya nape camtu.dia explain semua tu normal.Tp jgn pk sangat.Aku cuba kuatkan semangat..tapi still camtu.Husband plak bg semangat supaya aku jangan down.Yerlah aku kalau boleh nak bg la Alya ni susu aku..x mo la susu lembu kan.
Now..dh ok dan aku happy susu kembali meriah.Alhamdulillah.Sungguh berat ujian drNya.Namun aku bersyukur.

***kembali senyum***