Sunday, October 24, 2010

::Alya meniarap:::

Salam,

2 hari lagi Alya Adriana nak masuk 4 bulan..cepatnya masa berlalu..Alhamdulillah,setakat ini Alya baik,tak meragam..13hb10 aritu Alya dh boleh meniarap.Tp tak boleh lama2..mulala dia nangis.
Sekarang jangan citer la laju je dia pusing..dan boleh la stay lama sikit masa niarap.
Kebelakangan nie nampak dia mula angkat montot dia nk gerak ke depan.Cepatnyaaa progress dia..
Oh Alya skang pandai dh nyanyi..lagi2 kalau pasang lagu Maher Zain..Lawak tul makngah dia cerita.Sebab makngah Alya jaga Alya seminggu ni coz MIL balik kg ada hal.
Jom tgk aksi Alya meniarap.........

                                              Bangun tido terus meniarap..muncungjeee..

                                                    Taraaa...kuatnya saya    


 
Alya pandang chipmunk

Amoiii..ramai org ckp anak cina..

Thursday, October 7, 2010

~ Your baby can read ~

 Salam,

Hari ni hari Jumaat 10hb 8 ye kawan2..Actually excited and gumbira coz kak wati yg ku kenal dr blog call aku mlm td.Tak sangka dia akan call.Mulanya aku beli brg flash card dr dia..pastu tanya camne nak try kat Alya ni..So,klu nak bgtau dlm facebook cam tak sesuai plak.
Jadi dia call aku 9lebih mlm td..borak2 sampai kat setengah jam tu..Peramah sungguh dia.Aku selalu ikuti blog dia b4 aku kahwin lagi..sebab tu b4 aku peknen aku praktikkan apa dia buat.B4 peknen aku g beli cd2 education..mana yg bagus aku beli.Pastu time peknen around 7bulan keatas aku tgk cd tu..wlupun bosan aku gigihkan la diri ni tgk gak..Bayangkan la,kita dewasa nk tgk citer budak2..memang bosan la kan.
Pas pantang masuk Alya 2 bulan lebih aku bukak balik cd tu..dia nk tgk ke x aku tak kisah.Tp dia cam berminat..agaknya pernah dgr kot...heheheh!!
Apa yg kak wati ajar sungguh bermanfaat.dan aku teruja bb Zayra yang comel tu boleh kenal dan amik perkataan yg mummy dia sebutkan..Pandai kan..Kak wati ckp sebab tu awal2 ni kena stimulate kan brain bb ni.Kita bukan ajar dia..tp kita main ngan dia.Kalau dr awal kita train insyallah menjadi.Aku pun tak harap la Alya tu lebih2..cuma apa yg terbaik untuknya aku sediakan.
Boleh dikatakan setiap bulan duit aku habis kat buku,cd la..klu bab lain memang aku berkira sangattt..Tp kalau bab pendidikan sanggup berhabis.Rasa cam bestje..Terima kasih juga pada hubby ku syg dan family aku yg banyak support bg motivasi .masa untuk anak dan cucunya..Sampai mak aku ckp..nanti beli cd iqra leh dia belajar.
Takpelah ..skg aku tgh buat eksperimen ngn Alya..buat masa ni dia suka dgn apa yg aku buat.Sampai papa dia pun speaking ngn dia..kalah aku plak.Yerlah papa n mama alya tak pandai sgt English ni..tp bolehla belajar sama2..kan.

Tgh buat koleksi cd ni..harga rm26.90 untuk setiap cd..

*** Ya Allah permudahkan aku untuk mendidik Alya Ariana menjadi budak yg baik,bijak ,solehah,dan ikut perintah MU..Amin ***

: Konvo Angah :

Salam,
Ahad lepas aku hadiri konvo adik aku kat UIA Gombak..5.30pg dh bangun dh coz Alya jaga nak susu.6pg gak la dia kena mandi.Sian pagi2 kena mandi dh..Mandi air suam..tp dia nangis kuat ..agaknya sejuk.Mak aku tambah lagi air panas..baru dia diam..Suka dia mandi.Yerlah kalau nk berjalan suka aje..
Alhamdulillah g sana pun dia x meragam..cam biasalah tido je..bangun jap main..lapar minum susu balik..tido.





Tuesday, October 5, 2010

: Alya 3 bulan :

Salam,
27hb 6 aritu genapla Alya Adriana 3 bulan..Semakin montel,babam dan comey..
Huh! semangat badan nya..dh boleh mengiring dan tgh ondaway nak meniarap..Semoga Alya Adriana sihat,bijak,dan jadi anak yg baik serta solehah.Amin
Thank you..



Saturday, September 25, 2010

:Milestone Alya :

 Salam,
Alya x lama lagi nak masuk 3 bulan dah..Progress Alya masa 2 bulan antaranya ialah:
1.Pandai mencari suara yg memanggil nama nya
2.Pandai bising mulut ..borak je keje dia
3.Suka tido
4.Pandai menjerit kalau lambat bg susu
5.Kalau tido tu tau2 dh jatuh bantal..makin ke bawah..Lasak gak la
6.Suka tgk tv..channel tv-IQ Astro (sbb citer tu je aku bg tgk..yg lain vcd la)
7. X suka ngn barang mainan (mujur beli 3 je),lebih suka buku.
8.Suka kalau mama dia baca buku baring sebelah..dia pun nk ikut sama baca..
9.Tak nak baring kalau dukung..mesti tegak
10.Suka gelak kekekeke..bila di agah.
11.Suka mandi..tp nak berdiri je

***banyak lagi..tp itu je la..wt masa ini..sekian ***

Thursday, September 16, 2010

::Salam Aidilfitri .Maaf Zahir Batin::

Salam,


    Hari ni hari ke 8 kita dalam mood raya...Hilang penat raya pun tak habis lagi.Tahun ni aku beraya ngn suami dan anak tersayang.Sangatla gumbira nya tak terkata.Alya pun dapat duit raya dari dua2 belah atok dan nenek dia..adik ipar,akak ipar,abg ipar..masyuk gak bg..belum campur sedara mara bagi..adalah dekat separuh dari 1k..Yang masa pantang pun banyak gak..baju toksah citer la..berlambak2..Alhamdulillah rezeki.
    Tahun ni cam biasa raya kat KL coz mertua ada sini.Petang balik kg blah hubby kat Tangkak,Johor.Nak raya ngn mak ayah aku..dorang balik kg sg petani dah.Sebak tak dpt join dorang raya sama2.Tahun ni tema Purple.Kebetulan adik aku kahwin nanti pun warna Purple gak..Gambar aku and hubby x banyak sangat.banyak gambar si Alya je..cam aksi2 .Tp Alya ni tido raya..jenuhla kehulir hilir bwk toto kecik g umah sedara.Tido2 pun dpt duit yer Alya...

Gambar adik beradik hubby..Akak ipar sorg je girl
Gambar aku satu family
Gambar 1 family belah hubby
Gambar raya adik2 aku..aku je takde dlm gambar tu..

Monday, September 6, 2010

:Risiko yang mungkin dihadapi bayi tidak diberi Susu Ibu:

    Berikut adalah senarai risiko penyakit/masalah yang mungkin dihadapi oleh bayi yang tidak diberi susu ibu hasil kajian pakar:
1. Perkembangan kognitif dan kecerdasan.
  • Perkembangan otak bayi belum sempurna sebaik dilahirkan, malah pembentukan dan perhubungan sel-sel saraf berkembang pesat dalam 3 tahun pertama hayatnya. Apabila proses ini selesai, sel otak boleh mati namun tidak akan berganti. Susu ibu yang memang khusus untuk bayi manusia mengandungi semua nutrien yang diperlukan untuk perkembangan otak bayi untuk mencapai potensi maksimum. Sebaliknya susu formula tidak mengandungi semua nutrien tersebut (malah kita tidak mengetahui dengan tepat apakah kandungan sebenarnya!)
  • Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang diberi susu ibu ketika bayi menunjukkan skor yang tinggi dalam ujian kepintaran.
  • Para pengkaji juga mendapati kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka waktu lama menunjukkan skor kepintaran yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka masa singkat.


2. Diabetes.
  • Diabetes jenis I (yang diwarisi secara genetik) biasa dikesan di kalangan kanak-kanak . Kajian ke atas kanak-kanak yang tidak diberi susu formula (sekurang-kurangnya sehingga umurnya 1 tahun) mendapati bahawa kanak-kanak tersebut mempunyai kebarangkalian lebih rendah untuk menghidap diabetes.


3. SIDS (Sudden Infant Death Syndrome).
  • SIDS ialah situasi kematian mengejut bayi, biasanya ketika tidur. Tidak diketahui penyebab terjadinya kematian begini. Namun begitu kajian menunjukkan bayi yang diberi susu formula lebih tinggi risiko terjadinya SIDS.


4. Masalah pernafasan.
  • Peningkatan penyakit asma di kalangan kanak-kanak amat ketara pada masa sekarang. Tidak dinafikan faktor persekitaran menyumbang kepada peningkatan tersebut termasuk pendedahan kepada pencemaran udara dan pertambahan bilangan kanak-kanak di nurseri, tadika serta pusat jagaan mendorong pendedahan kepada virus pada usia muda.
  • Kajian menunjukkan pemberian susu formula kepada bayi meningkatkan risiko kepada asma dan juga masalah pernafasan lain seperti respiratory syncytial virus (RSV). Kanak-kanak ini juga lambat sembuh berbanding kanak-kanak yang diberi susu ibu.


5. Jangkitan telinga.
  • Jangkitan telinga agak biasa terjadi di kalangan kanak-kanak. Kajian mendapati risiko terjadinya otitis media (jangkitan telinga) lebih tinggi di kalangan kanak-kanak yang diberi susu formula.
  • Jangkitan telinga sangat sakit bagi bayi/kanak-kanak dan boleh menyebabkan komplikasi lain – pengumpulan cecair di dalam telinga dalam jangka masa yang lama akibat jangkitan itu boleh menyebabkan masalah pendengaran dan perkembangan pertuturan pada kanak-kanak tersebut.


6. Kanser.
  • Kajian mendapati kanak-kanak kecil yang minum susu formula mempunyai risiko lebih tinggi menghidap kanser pada usia mudanya.


7. Jangkitan saluran pencernaan.
  • Tidak dapat dinafikan masalah sistem pencernaan berkait rapat dengan apa yang dimakan. Pemberian susu formula meningkatkan risiko terhadap cirit birit dan lebih buruk lagi mengalami fasa penyembuhan yang perlahan. Ini adalah kerana apabila bayi mengalami cirit birit dan muntah-muntah, doktor selalu menasihatkan supaya mengurangkan pemberian susu formula dan banyakkan minum air (untuk mengelakkan kekontangan). Kurang menyusu bermakna kurang nutrien diperoleh bayi. Sebaliknya bayi yang minum susu ibu masih boleh terus menyusu. Oleh itu bayi akan mendapat nutrien yang cukup dan juga antibodi yang akan membantunya membunuh kuman yang menyebabkan jangkitan pada saluran pencernaannya.
  • Bayi yang minum susu ibu juga jarang-jarang mengalami sembelit sebaliknya bayi yang minum susu formula sering mengalami masalah pembuangan air besar.


8. Keberkesanan vaksin.
  • Pemberian susu formula mengurangkan keberkesanan pemvaksinan dengan mengurangkan respon bayi terhadap penghasilan antibodi di dalam badan.
  • Sebaliknya bayi yang minum susu ibu memberi respon yang baik kepada pemvaksinan dan menghasilkan lebih banyak antibodi di dalam badannya.
  • (Catatan peribadi: pemvaksinan ialah kaedah imunisasi dengan cara menyuntik vaksin ke dalam badan. Suntikan vaksin akan merangsang sel darah putih menghasilkan antibodi untuk melindungi badan daripada jangkitan penyakit.)


9. Perkembangan rahang dan otot muka.
  • Adakah anda menyedari bahawa teknik hisapan bayi yang minum melalui botol (susu formula) berbeza dengan bayi yang minum susu ibu daripada payudara ibunya? Sesetengah orang mengakui bahawa bayi yang minum susu ibu dapat dikenal melalui pipinya yang cantik membulat!
  • Perkembangan rahang, otot muka dan pipi ini akan ketara kepentingannya apabila bayi ini membesar menjadi kanak-kanak nanti kerana bayi yang minum susu ibu apabila besar kelak kurang memerlukan rawatan pergigian berbanding kanak-kanak yang minum susu formula.
  • Penyusuan ibu menjadikan pembentukan rahang dan otot muka terbentuk dengan baik dan seterusnya menghasilkan rahang yang cantik dan gigi yang tersusun rapi.


10. Obesiti
  • Bayi yang minum susu formula juga terdedah kepada masalah obesiti (kegemukan) pada usia muda (kanak-kanak dan remaja).
Kesimpulan: banyak lagi masalah kesihatan lain yang boleh berlaku apabila bayi tidak diberi susu ibu dan diganti dengan permberian susu formula. Ini termasuk eczema, masalah jantung, alergi, kolik, meningitis dan sebagainya.


[Nota peribadi: Susu ibu diciptakan spesifik untuk tiap-tiap bayi di dunia, mengandungi semua yang terbaik untuknya.]

************kredit to anakkusayang.com*************