Monday, July 19, 2010
~ Takde masa ,sorry~
Salam,
Sorry lama tak update blog ni..ceh!cm ada org baca jer..Lantakla kan..
Tengah pantang ni memang pantang nak buka lama2 laptop ni..nk duk pun x selesa..Nampak kat mak aku mau bising..kaki takleh berjuntai la..takleh duk lama2 la..adehh...Si Alya ni time aku nk layan facebook ,ke apa ke..time tu la nk berjaga..Tgkla klu ada masa aku update..
Tuesday, July 6, 2010
~ Alya yg botak ~
Salam,
Ahad lepas tok pa Alya cukur rambut Alya..tebal gak rambut dia..tp senang la nak cukur coz kulit pale dia keras.x dela payah benar.Cam kiteorang adik beradik ni kulit lembut siap ada isi lebih kalau nk cukur kena hati2 ayah aku ckp..Alya nangis gak masa tu coz kacau dia tido..
Papa Alya sibuk bersihkan rambut yg melekat kat baju Alya
~ Detik-detik kelahiran my princess ~
Salam,
Lama tak update blog ni....tak tau nk mula dari mana..hehehe!!Yerla bz kuar masuk hospital..takde lah teruk sgt pun..cuma aku jer terlebih risau..coz x de pengalaman.Apa je tak kena terus aku g hospital..1st g coz bb aku kurang gerak..agaknya knyg mkn masa kenduri adik tunang aritu..Konon nak cek pasal tu..sekali kena tahan coz ada contraction .Kena tahan wad gak la..pastu dh takde balik n rehat kt umah.G keje cam biasa..pastu ahad 27hb tu pg g hospital coz sakit perut..cek2 ada contraction tp jarang sgt.
Doc suh duk wad..tp tggu sampai kul 4 ptgla coz katil semua full.Aku ckp aku balik dulu la..nk tggu mls.Sempatla g kenduri..time mkn tu rasa sakit dh..tahan lagi..Ptg tu tido2 ayam je..coz terjaga bile setiap 15 minit perut menegang..tak pasal2 peha hubby aku cengkam kuat giler.Pas Isyak g coz x tahan dh..smpai2...cek ctg la cam biasa..harap2 tak jumpa doc ptg td..sekali dia selak tirai langsir tu dia gelak dh.."tu la I suh u duk wad,U x nak,ni dtg nape ek"..aku bls la siap leh gelak2 lagi.." x tahan dh ni doc"..siap pegang palang katil mengerang kesakitan..dh habis zikir doa semua aku baca..Doc cakap Ok..I siap kan labour room..after few 2nd dia dtg pecah air ketuban..masa tu 2 minit sekali dh..sambil dorang tolak katil aku dh tak tentu arah..
Sempat lagi dorg tukar kan baju aku..tibe2 aku rasa nk meneran..doc ckp jgn dulu..nanti bengkak n
terkoyak besar.Aku pun tenang n amik nafas..curi nafasla..doc suh push..barula aku push..zupppp..kuar pale Alya..pastu kuar plak badan dia..Fuh!! terasa lega cam pas buang air besar..kuar2 je Alya nangis n doc terus tanya jantina Alya apa..aku cam girl..pastu Alya terus diletakkan atas dada aku.Panik gak masa tu..rasa cam tak caya jer..jadi mama.Tp alhamdulillah semuanya selamat.2 jam je ..coz masa dtg kul 9mlm..Alya keluar 10.59mlm.
Wednesday, June 23, 2010
:: Kesilapan Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak ::
Kesilapan Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.” (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)
Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba- Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan.
Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.
Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : “Tahukah engkau siapakah orang yang mandul?”
Berkata para sahabat : “Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.”
Lalu Rasulullah SAW berkata : “Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.”-(Maksud Al-Hadith )
Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.
1. Kurang berdoa
Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah:
• Saidul (penghulu) Istighfar,
• Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9),
• Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38)
• Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah:
• Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128),
• Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74)
• Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.
2. Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
• Menakutkan anak-anak dengan sekolah
• Menakutkan dengan tempat gelap
• Menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
• Menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur
3. Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak dan terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.
4. Menegur anak secara negatif
Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.
5. Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.
6. Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak. Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda.
Berkata Aqra’ : “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka.”
Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata : “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
7. Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas. Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.
8. Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.
9. Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan bersama, solat berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.
10. Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.
11. Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.
12. Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.
13. Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.
14. Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.
15. Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
Petikan dari ustazmelaka.net
Wednesday, June 16, 2010
:: Checkup 38 weeks ::
Salam,
Semalam genap 38 minggu aku membawa perut nie..Pagi tu pergi checkup kat Klinik fauziah ditemani kembar.Husband tak teman coz aku skg duk umah mak..lagipun klinik tu sebelah taman umah aku je.
1.Mula2 check tekanan darah---> OK
2.Timbang berat ---> OK naik 0.5 je
3.Check perut,bb dh betul2 kat bwh..anytime keluar..doc ckp.
4.Check kaki---> bertambah bengkak
Doc bagi mc 2 hari..so aku sambung mc lagi..next week masuk keje kalau tak bersalin(tak suka nya coz takde mood nak keje)
Lepas Zuhur keluar plak ngan husband coz nak lunch nasi beriani gam kg baru..sedappp..Pastu jalan2 gi Giant cari puting susu bb & minyak telon bb.Budget nak jalan2 biar cepat skit bukak jalan..coz lepas tu g checkup kat hospital selayang..Still 2cm gak..cuma contraction 10 minit tu ada .doc nak tahan aku masuk wad..tp wad penuh.kalau ada mybe aku di tranfer ke hospital sg buloh.Aku ckp aku tak nak duk wad..coz nk tunggu bersalin lambat lagi kot.Sebelah aku dh nangis2 sakit.Tp nak buat camne bilik bersalin penuh plak hari tu.Aku tanya doc..dia ckp ramai bersalin operate tu penuh.Harap2 time aku bersalin nanti Allah swt permudahkanlah..Amin.
Malam tu aku tak balik umah mak..saje nak jenguk umah aku..tah jadi lintang pukang ke apa tah..yerla hubby duk sorang2..nampaknya umah kemas ,kain baju berlipat.Rupanya husband layan bola sampai lipat kain.Heheeh!cian sayang yer..malam tu kaw2 sakit perut..rasa cam senggugut semua.Tak boleh tido langsung mlm td..
Monday, June 14, 2010
~ Strawberi Coklat from Cameron ~
Salam,
Malam ni kembar ada buat strawberi coklat.Tunang angah g cameron rombongan budak sekolah akak dia.So,kiteorang order la teh lemon,teh halia,teh grape and strawberi.Sedapppnya..ni 1st time aku mkn..huhuhu!!ketinggalan sungguh kan..tak pela janji bb tak terliur..:-)
Subscribe to:
Posts (Atom)









