Tuesday, March 24, 2009

5 Jenis Orang Yang Anda Patut Jauhi Part 5

Jenis orang kelima yang patut Anda jauhi :

5: orang yang suka bermuka-muka atau orang yang tidak ada pendirian. Anda boleh berada di sampingnya, tapi lama-kelamaan dia akan mempengaruhi Anda. Lantas, Anda turut jadi orang yang tidak ada pendirian, sekejap itu, sekejap ini. Sekejap begitu, sekejap begini. Anda jadi tak ketentuan.

Kesannya pada diri Anda, Anda tak akan tahu area mana satu yang Anda nak berjaya dalam hidup. Anda akan jadi bercelaru, hilang fokus dan hilang momentum. Orang yang suka bermuka-muka adalah orang yang tak ada fokus, susah nak buat keputusan. Sekejap dia cakap itu, sekejap lagi dia cakap ini.

Jenis orang sebegini ada di tempat kerja bahkan di kalangan rakan-rakan Anda. Bila bercakap, sekejap dia sokong itu, sekejap dia sokong ini. Kemudian, sekejap lagi dia lawan cakap itu, dia lawan cakap ini. Perbuatannya itu akan menjangkit pada tindakannya.

Misalnya, ambil contoh dia nak cemerlang dalam pekerjaan.Dia nak skor performance tinggi bulan ni. Belum lagi matlamat tu berjaya dicapai, dia dah ubah fokus. Dia nak bukak bisnes part time, nak jadi usahawan cemerlang. Dia nak skor pulak dalam bidang perniagaan. Kesannya, matlamat nak capai performance tinggi dalam kerja dah terbarai, tertinggal gitu saja tak tercapai langsung.

Anda patut jauhi orang yang tidak ada pendirian kerana cakapan, perbuatan dan fikirannya akan mempengaruhi Anda senyap-senyap. Anda tak akan sedar, sebab ia nampak biasa bagi Anda. Untuk mengelak dari orang sebegini, pilihlah untuk Anda ada pendirian sendiri, matlamat sendiri. Elak untuk tidak terlalu terpangaruh dengan cakapan orang, kerana Anda akan terdirog untuk melupakan matlamat yang dah diset oleh Anda.

Anda berjaya, kurang berjaya atau tidak berjaya, semuanya bergantung pada keputusan Anda, tindakan Anda. Jadi, buatlah keputusan dengan bijak, ikut pendirian Anda.


*Sekadar Motivasi

No comments:

Post a Comment