Langkah 1
Berapakah perbelanjaan bulanan anda ?
Bil itu. Bil ini. Hutang itu. Hutang ini. Kewajipan itu, kewajipan ini. Dan seterusnya.
Maka untuk tujuan pengiraan saya letak RM 2,500.
Langkah 2
Hasil langkah 1 didarabkan dengan 84
Maka, RM 2,500 x 84 = RM 210,000
Kenapa perlu digandakan dengan 84 ?
Angka 84 ini sebenarnya 84 bulan. Maksudnya, dengan gaya hidup anda sekarang, anda boleh bertahan selama 7 tahun tanpa perlu bekerja.
Angka 84 bulan atau 7 tahun ini diambil dari kisah Nabi Yusuf as yang diceritakan di dalam al-Quran. 7 tahun senang, dan 7 tahun susah. Jadi, sekiranya mahu mengambil pemahaman secara literal, maka anda perlu ada simpanan cash untuk anda bertahan selama 7 tahun.
Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih).
(Surah Yusuf, 48)
Nota Penting
Tips ini sebenarnya saya dengar dalam satu rancangan di radio Ikim.fm sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja. Saya tidak ingat nama tetamu-tetamu jemputan tersebut. Mungkin anda yang tahu, boleh beritahu saya dalam ruang komen di bawah. Kredit perlu diberikan kepada mereka.
Lagipun, mereka ada membahagikan indeks kesihatan kewangan anda, sekiranya anda hanya mampu bertahan 1 bulan, 12 bulan, 36 bulan , 60 bulan dan seterusnya. Sama ada anda sebenarnya telah sakit, tenat, kronik, sihat dan sebagainya.
Dan pengiraan ini tidak lah bersifat muktamad. Ada yang menetapkan anda perlu anda simpanan untuk menampung gaya hidup anda selama minima 3 bulan, 6 bulan, 24 bulan dan seterusnya. Terpulanglah.
Anda mungkin tertekan dan terkejut selepas mengetahui perkara ini.
Tetapi ianya boleh dicapai sekiranya anda menangguhkan sekejap kehendak memakai brand new car seterusnya membolehkan anda menyimpan paling kurang 30% dari jumlah pendapatan bulanan anda, mengetahui the power of compounding interest, mengambil kesempatan belajar mengenai pelaburan saham atau hartanah dan juga berniaga secara kecil-kecilan untuk menambah pendapatan bulanan anda.
Terima kasih untuk info ini :D
ReplyDeleteForex trading boleh berjaya bila ada mentor mudahnya saham boleh bantu.