Tuesday, February 24, 2009

Apa Yang Mesti Anda Buat Selepas Dapat Gaji??

Entry ni amat penting dlm menguruskan kewangan....thn sudah camni la aku buat..jd tak konsisten simpan.so,bile dh amalkan sediakan untuk diri sendiri dulu..baru la..konsisten simpan..u should try k..


Anda baru cek akaun bank anda menerusi mesin ATM.

Yes. Gaji sudah masuk!

Dan seperti biasa anda sudah berkira-kira untuk membayar …

  • Duit rumah
  • Duit kereta
  • Bil air
  • Bil api
  • Bil internet
  • Bil telefon
  • Hutang bank
  • Dan seterusnya

Kemudian anda pun membelanjakan baki gaji yang ada untuk keperluan yang lain dan urusan hidup anda sehinggalah masuk gaji seterusnya pada bulan hadapan.

Kalau ada lebih, baru anda fikir untuk simpan.

Kan Kan Kan Kan ?

Tetapi amalan biasa anda sebegini adalah

Salah!

Dan anda perlu mengubah amalan ini untuk kebaikan masa depan kewangan anda.

Mahu kah anda mengetahui 2 perkara mudah yang mesti anda buat selepas dapat gaji bulanan anda ?

Ya.

Dengan melakukan 2 perkara mudah ini terlebih dahulu, keadaan kewangan anda akan berubah untuk selama-lamanya.

1 : Pay Yourself First

Anda mesti memperuntukkan paling kurang 30% dari keseluruhan pendapatan anda untuk disimpan.

Sekiranya gaji bersih anda RM 1800, maka anda perlu menyimpan kira-kira RM 540 ke salah satu dari 4 pilihan yang berikut:

  1. ASB
  2. Tabung Haji
  3. Akaun Simpanan Tetap (Fixed Deposit)
  4. Akaun Simpanan Biasa (Savings / Current)

Sila buat potongan tetap setiap bulan secara automatik dan simpan buku akaun atau kad ATM di tempat yang sukar untuk diambil.

Maka dengan cara ini anda boleh terus menyiapkan diri anda dengan jumlah simpanan yang bersamaan (step by step)

  • 3 bulan perbelanjaan
  • 6 bulan perbelanjaan
  • 12 bulan perbelanjaan
  • 24 bulan perbelanjaan
  • 48 bulan perbelanjaan
  • 60 bulan perbelanjaan
  • 84 bulan perbelanjaan

Dan segala duit bonus, pendapatan sampingan anda juga digalakkan untuk dimasukkan ke dalam akaun ini.

2 : Zakat & Derma

Anda perlu memperuntukkan 10% daripada pendapatan bulanan anda untuk tujuan zakat dan derma.

Sekiranya gaji bersih anda RM 1800, maka RM 180 digunakan untuk tujuan ini.

Cara yang paling kool adalah dengan menderma di tabung-tabung masjid pada hari Jumaat.

Cara yang lebih kool pergi cari rumah-rumah kebajikan atau badan-badan kebajikan tertentu yang memerlukan sumbangan duit orang ramai.

(Err.. untuk bulan November boleh gunakan duit tu untuk menyertai larian Terry Fox)

Cara yang agak lari dari kebiasaan tetapi masih boleh dilakukan adalah dengan membelanja kaum keluarga dan rakan-rakan anda untuk acara makan-makan.

Ibu bapa anda mesti suka kalau tiba-tiba anak mereka (anda lah tu) mengumpulkan sesama adik beradik untuk acara makan-makan sesama keluarga.

(Ini tidak, apabila buat kenduri kahwin ada yang mengharapkan sampul becek dari tetamu. Uhuk uhuk!)

Sekarang anda mempunyai baki 60% dari gaji anda untuk dibelanjakan sesuka hati.

Apa lagi.

Pergi lah bantu orang lain menjadi kaya pula.

Berapa Jumlah Simpanan Yang Patut Anda Ada?

Langkah 1

Berapakah perbelanjaan bulanan anda ?

Bil itu. Bil ini. Hutang itu. Hutang ini. Kewajipan itu, kewajipan ini. Dan seterusnya.

Maka untuk tujuan pengiraan saya letak RM 2,500.

Langkah 2

Hasil langkah 1 didarabkan dengan 84

Maka, RM 2,500 x 84 = RM 210,000

Kenapa perlu digandakan dengan 84 ?

Angka 84 ini sebenarnya 84 bulan. Maksudnya, dengan gaya hidup anda sekarang, anda boleh bertahan selama 7 tahun tanpa perlu bekerja.

Angka 84 bulan atau 7 tahun ini diambil dari kisah Nabi Yusuf as yang diceritakan di dalam al-Quran. 7 tahun senang, dan 7 tahun susah. Jadi, sekiranya mahu mengambil pemahaman secara literal, maka anda perlu ada simpanan cash untuk anda bertahan selama 7 tahun.

Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih).

(Surah Yusuf, 48)

Nota Penting

Tips ini sebenarnya saya dengar dalam satu rancangan di radio Ikim.fm sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja. Saya tidak ingat nama tetamu-tetamu jemputan tersebut. Mungkin anda yang tahu, boleh beritahu saya dalam ruang komen di bawah. Kredit perlu diberikan kepada mereka.

Lagipun, mereka ada membahagikan indeks kesihatan kewangan anda, sekiranya anda hanya mampu bertahan 1 bulan, 12 bulan, 36 bulan , 60 bulan dan seterusnya. Sama ada anda sebenarnya telah sakit, tenat, kronik, sihat dan sebagainya.

Dan pengiraan ini tidak lah bersifat muktamad. Ada yang menetapkan anda perlu anda simpanan untuk menampung gaya hidup anda selama minima 3 bulan, 6 bulan, 24 bulan dan seterusnya. Terpulanglah.

Anda mungkin tertekan dan terkejut selepas mengetahui perkara ini.

Tetapi ianya boleh dicapai sekiranya anda menangguhkan sekejap kehendak memakai brand new car seterusnya membolehkan anda menyimpan paling kurang 30% dari jumlah pendapatan bulanan anda, mengetahui the power of compounding interest, mengambil kesempatan belajar mengenai pelaburan saham atau hartanah dan juga berniaga secara kecil-kecilan untuk menambah pendapatan bulanan anda.

Saturday, February 21, 2009

Bersama MRSM Kuala Kubu !!

Last week kiteorg g melawat adikku yg bgsu...maklumla ..baru 2 week masuk mrsm..KKB..
Ikut jalan nak g ulu yam...tp peningla ikut situ..nak muntah pun ada..jlnnya bengkang bgkok..cam bukit putus N9 jer..tp tak jem..tak smpai sejam la.
Kiteorg smpai..adik yg ku panggil iza..sdang membasuh kain..alamak lamanya nak tggu dia habis..basuh.Lepak2 dulu kat kantin...sementara menunggu Iza smpai...Sampai2 jer..salam la tgn kiteorg...tbe2..dia menitis air mata..huhuhu!!mgkin sebab terharu kot kite org lawat dia...ahaks!!



Update 22 Feb 2009

Hai..uols..

Arini kwn adik dtg umah..so dptla timbang2 lagi..sungguh teruja:
Berat:49.9 kg
Pinggang:27cm
Pinggul 35.5cm
Lengan 10.5cm
Peha:18cm
Betis:12 cm

Semua nya turun dalam masa 12 hari..alhamdulillah..dgn izin Allah swt..Herbalife mengubah ke arah lebih sihat dan bertenaga..amin

Thursday, February 19, 2009

Penolong Pegawai Siasatan-Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

19 Feb 2009,

Ptg smlm balik keje kan..mak bgtau ada surat dr SPA..jawatan Penolong Pegawai Siasatan.Interview 10 Mac 2009...mak tak bg g..ayah plak..suh g.
Dgr nama jwtan je ..dh menakutkan..risiko berat yg hempap anggota tubuhku..nyawa,keluarga..n diri berisiko.gaji memg la lumayan..siap ada pencen.dibuatnya mati b4 tu..sempat tak rasa pencen..ish!!apa aku melalut ni..
Antara kriterianya:
Gred : P29
Kod Skim : 2051
Kumpulan : Sokongan
Kem./Jab. : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Jadual Gaji :

P1T1 RM1482.85 - P1T22 RM3246.48
P2T1 RM1553.94 - P2T22 RM3446.07
P3T1 RM1628.05 - P3T22 RM3636.63

Syarat Lantikan:

i) Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam, Perakaunan, Pengajian Perniagaan
atau Undang-Undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
[Gaji permulaan pada Gred P29: P1T1 RM1482.85]; atau


Deskripsi Tugas:

- Aspek Siasatan
- Aspek Pendidikan Masyarakat
- Aspek Pemeriksaan dan Perundingan
- Aspek Perundangan dan Pendakwaan
- Aspek Penyelidikan dan Perancangan
- Aspek Latihan
- Aspek Keselamatan


Ancaman bahaya:--->(yg ni..aku berat ni)

1.terdedah kepada bahaya dan ancaman semasa mnjalankan tugas seperti
ugutan,khianat,ditembak dan sebagainya
2.Terdedah kepada tekanan mental dan kesihatan
3.ancaman terhadap keselamatan diri,keluarga,harta benda dan organisasi.

Oklah..sampai sini jer..nnti smbg k..tq sudi baca.. :-)

Friday, February 13, 2009

Thursday, February 12, 2009

Shake With Herbalife

Hari nie hari ke 3 shake..tp mlm ke 5 tak mamam nasi...huhu!!
bercita2 nak dapat ideal weight dlm 48 camtu.Mana tak nya first g butik..tuan kedai amik ukuran..mak aih!pinggang je dah 29cm.TIDAK!!!
Mujur adik(angah) perkenalkan Herbalife ni..pagi je shake cappucino n soya..memg kenyang giler.tak yah nak bekfest tau..jimat my money.Tghari cm biasa la mkn..tp kontrol.Dari pagi smpai ptg..minum 2liter mix tea..harap2..minggu depan turun n mengecil la pinggang aku.Doakan impian aku tercapai..Cayok!cayok!