Monday, June 27, 2011

Happy Besday to Alya Adriana



Happy Birthday yg pertama untuk Cik Alya Adriana !!!
Mama & Papa Sayanggggg Alya..
Muahhhh..love u

Wednesday, June 22, 2011

My Dear Sale kembali lagi 30 June ini !!

Wahh..beria promote My Dear Warehouse Sale ni...



Akan ku terjah coz ada 2 barang nak beli ni..
yang teramat penting nya ialah...jeng..jeng..
:
:
:
:
:
:
:

  gmbr gate ni cilok di SINI

Gate ni nk letak kat dapur..sebab Alya ni suka masuk dapur..habis kabinet dapur
dia selongkar..kdg2 sampai ke mesin basuh...Utk keselamatan
kena la pasang gate ni..bulan 3 masa My Dear buat sale dlm RM90 je..
harap-harap harga dia masih sama ,takpun makin murah ke.

Barang yg kedua plak..
:
:
:
:
:
:

 Buggy ni ringan dalam 5kg..senang nk simpan.Sebelum ni,Alya ada stroller tp simpan stroller dlm bonet je dh makan ruang.Berat plak tu ..yg ni bawak sng nk lipat.Aku tgk harga dia dlm RM63.

****Tu je nk sopping..****

Saturday, May 7, 2011

Asal - usul Hari Ibu

As Salam,

Hari nie aku nak kongsi dgn pembaca blog..tak kira la silent reader ke siapa ke kan..Sharing is Caring..
Meh baca sama-sama..



    Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia diraya...kan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac.
 
   Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.   Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut.
 
  Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.   Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan.
   
   Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.   Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.   Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei.
 
    Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.   Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.
 
    Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei - http://www.mothersdaycentral.com/about-mothersday/history/

Friday, May 6, 2011

Shopping Mother Expo 2011 Mid Valley

As Salam,

Hari ni aku & budak2 opis (kawan2) kuar lagi ke mid valley..
Kali ni shopping ke Mother Expo kat Mid Valley..
Bos aku pun join sama..
Lepas g makan KFC..kiteorg ramai2 menerjah sana..
Actually ni first time pergi sana..
Okla..baju pun murah..barang2 pum untuk BF pun banyak jenama..
Meh layan gambo..







Mummy Niza and Mummy Chuya bz pilih baju


Borong biskut free Beg Milna
  
Baju ni Rm5

suka baju ni..

Thursday, May 5, 2011

sape mkn cili terasa pedas..

haiya..tak sangka orang itu..terasa.
takpela aku tak ramai kawan ke apa ke..(tau ke berapa ramai kwn)..
tulah dia kawan..bila dh jadi camni citer dulu2 pun leh kuar..org ni tak suka la.
aku tak de plak kutuk dia..dia tu camne la camtu la camnila..
now dh terserlah..
dh la kan ..kata dah break off..dhla kan..
aku ni tgh bz..memg nk jwb msg..tup..tup..dh ckp cmtu..eemm..so takkan nk terhegeh2 plak kan..
.......
kalau kawan dh ramai..g la kat kawan yg ramai sgt tu..
aku pun tak rugi apa2..org tak sudi..aku pun tak hingin..
ok..tq..
selamat jalani kehidupan masing2..adios

Tuesday, May 3, 2011

Aiseymen..makin tua cam budak-budak la..

Salam,

Lately ni ke bz an ok..(nama pun duk bahagian operation)..hand over job la..itula ni la..Bukan duk keje goyang kaki..cmtu best la kan.
Anyway nk citer ..dan ucapkan tq la remove my name from ur fb list..hari ni baru perasan.,hehehe
Benda kecik camni pun nk besar2kan..kalau dh majuk sorryla..aku ni tak reti nk pujuk2..
Takpelah janji bukan aku yg putuskan silaturrahim..ok.Dah la malas la nk ckp kan..banyak benda lagi aku nk fikir ..nk buat...
...Anyway ..tq so much..
** pasni jgn wt fitnah plak aku x layan la..sombongla...SENDIRI MAU INGAT**
** apala dapat nk bermusuh ni kan.**..

Saturday, April 16, 2011

Virgin Coconut Oil

As Salam,

Lama betul  tak update blog nie..kebz-an..kemalasan..hehe..
Kali nie nak share pasal minyak kelapa dara..
Dah 2 minggu aku makan  VCO ni..Alhamdulillah..jerawat segan nk keluar ,tp yg aku perasan adalah..tumit kaki aku yg pecah dan kasar ni..TIADA LAGI..bestnyaaa..
Actually VCO ni macam2 brand kat pasaran..ada mahal ada murah..tp khasiat dan kebaikan dia sama jer..
Meh baca apa khasiat VCO ni..

Khasiat Minyak Kelapa Dara

1 - Melegakan pernafasan – mencairkan kahak dan membersihkan laluan pernafasan dan kerongkong

2 - Melawaskan pembuangan air besar dan kecil – menyelesaikan masalah sembelit dan kencing tidak lawas serta membuang toksn melalui najis.

3 - Meningkatkan kadar metabolisma pada seluruh sel tubuh – Minyak kelapa dara akan diserap terus sebagai komponen tenaga dalam badan – badan anda akan terasa lebih bertenaga

4 - Di dalam usus kecil dan besar ia memusnah organisma perosak, seperti virus, bakteria, kulat dan protozoa (cacing). Dengan nya penghadaman mencapai tahap maksimum.

5 - Mengurangkan keadaan mudah lapar – bila penghadaman mencapai tahap maksima tubuh mendapat lebih khasiat dan tenaga.

6 - Oleh itu berat badan terkawal – tidak perlu makan banyak dan kerap

7 - Mengurangkan kandungan lemak badan – berat badan turun mengikut kesesuaian tubuh badan seseorang.

8 - Tidak mudah mendapat jangkitan penyakit – dengan bertambah kuatnya sistem kekebalan tubuh.

9 - Mengurangkan kelekitan platelet darah – kelekitan platelet adalah faktor penyumbang kepada pembentukan plak pada saluran darah.

10- Mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan darah tinggi – mengelakkan terbentuknya plak pada saluran darah terutama saluran yang berhubungan dengan jantung.

11- Mempercepat pengantian sel-sel mati dengan yang baru – mengembalikan keanjalan, kelembutan dan kehalusan kulit.

Kesan Jangka Panjang Pengambilan Minyak Kelapa Dara Pada Tubuh.

1 - Mengurangkan kadar kolestrol – ia sendiri tidak mengandungi kolesterol. Oleh itu ia adalah alternatif terbaik bagi minyak-minyak lain yang mengandungi kandungan kolesterol yang tinggi

2 - Mengawal kencing manis - pankrease lebih efisien mengeluarkan insulin sementara sel bekerja lebih cekap mengambil gula darah keperluannya.

3 - Mengatasi masalah penyakit degeneratif dan masalah usia umur lanjut - anti oksida semulajadi dalam minyak kelapa dara adalah penghambat pembentukan radikal bebas.

4 - Tidak meningkatkan paras kelekitan platelet dalam darah – mengatasi pembentukan plak pada pembuluh darah yang menjadi anatara faktor punca serangan jantung.

5 - Tubuh lebih tahan serangan penyakit kerana memiliki agen anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa.

6 - Mendapatkan kembali keanjalan, kelembutan kulit – ia mempercepat pergantian sel-sel kulit yang mati dengan sel yang baru, selain melindungi dari sinaran ultra violet.

7 - Pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang – sel rambut akan mendapat tenaga dan zat yang mencukupi untuk pertumbuhan maksima.

8 - Terhindar dari gejala alahan – minyak kelapa dara bertindak sebagai agen anti histamine.

9 - Mengelakkan risiko sakit kanser – minyak kelapa dara memusnahkan sebarang kehadiran organisma pathogen. Dengan itu sel darah putih mampu bertindak secara maksima memusnahkan sel kanser, kerana ia tidak terbeban menghadapi organisma pathogen.

10- Keadaan berdengkur akan hilang – kerana saluran pernafasan dan anak tekak akan kembali anjal dan elastik hasil kewujudan sel-sel baru padanya.