Friday, October 2, 2009

Hubby masak char kuey teow

Ptg smlm masa ondaway kat jalan Kuching...nak balik umah la ni..tup2 ada tangan mengetuk cermin keta..fuh!!terperanjat aku..sedap2 dok layan Sinar Fm..Oh!! hubbyku ghupanya...suka tau wt camtu kalau terserempak aku kat jalan..Dia baru balik keje..pasang khemah kat NAZA kg baru..Dh bnyak kali ckp jgn wat camtu bahaya laaa ngn motonya...mujur keta slow coz jem..ish!ish!

Sampai umah wt tak tau apa terjadi..konon2 yg dia ketuk tu bukan keta aku la...Aku ckp tah keta sape dia ketuk...Hubby dh wt muka...Aku plak tergelak..auw!!cubitan hinggap di lenganku..Ala..baru nak kenakan..dh kantoi..

Rehat2 jap...sambil hubby tgk gambar jamuan raya di opis aku..aku plak bgtau la ni sape..ni sape..senang..pasni dia kenal la sape aku kuar...Takdeler jelesss..Camne tah aku memg ngantuk giler masa drive tu..budget nak tidola...hubby plak kata lapar..ajar abg masak char kuey teow..

Aku sediakan bahan2 jer..hubby masakla..ikut citarasa dia..so bila aku rasa..peh!!sedapnyaaa..
Memandangkan aku dh kenyang mkn kat opis..so aku tak mkn pun mlm tu..terus zzzzz coz hubby nak g keje plak...

Wednesday, September 9, 2009

One Drop perfumes !! Only Rm 36 from Rm 40 and Celebrities Only Rm41 from Rm45 ...Hurry Up !!!


One Drop perfumes !! Only Rm 36 from Rm 40 and Celebrities Only Rm41 from Rm45 ...
Hurry Up !!!

Sesiapa yg ingin dapatkan wangian yg semerbak ini...hubungilah saya di
zahratul_muna@yahoo.com...
Harga yg ditawarkan amat berbaloi-baloi..!!










Sunday, September 6, 2009

Jalan-jalan di Jalan TAR

Salam...
Semalam Ahad ,aku n hubby turun KL...Aku bosan duk umah..yela Sabtu keje.ahad la nak jenjalan kan..Hehehe!!Alasan je tuh...Mula2 g amik stok perfumes One Drop Perfumes...pastu g UO shopping compleks...tgh jalan2 tibe2..ternampak set teko yg lawa...Memandangkan umah aku takde lagi..aku decide nak beli..pastu dengan set jug air..hadiah yg aku dpt masa kahwin tu takde jug..sume pinggan mangkuk n gelas..yg berlambak..Pas borong ..g lah ke Jalan Tar.
Tak jln2 pun kat situ coz matlamat 1st adalah nak g Jakel.Wah!! dapat rembat tikar buluh design baru..amik size yg sedang2 jer..rm48 tp jakel bg Rm45..
Jam dh kul 6suku..kiteorg buka posa kat kg baru...tp rasa tak puas hati jln jap sgt..this week nak g lagi..coz nak cari batu tampal kat baju raya aku tu..gambar nanti aku letak..tak bwk plak..pendrive...
***Mak siap bg buku kat aku...nak tau??tunggu..

Wednesday, August 26, 2009

Mengekalkan Kebahagian Rumah Tangga

10 Tips Mengekalkan Kebahagian Rumah Tangga

1) Beri pujian kepada isteri
Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas.Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur.

2) Dengar pendapat isteri
Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu semasa boleh dijadikan sebagai ‘ice-breaking’. Kemudian,berbincanglah mengenai hal rumah tangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri mengenai masalah kerjanya.

3) Penuhi hajat isteri
Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi suami. Bukankah pemberian itu melambangkan anda suami yang amat menghargai pengorbanan isteri.

4) Anggap pasangan seperti diri sendiri.
Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi apatah lagi pasangan suami isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh banyak pasangan. Pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri. Kemana pon anda pergi, potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumahtangga akan bahagia.

5) Isteri bukan pembantu rumah
Banyak suami menganggap kerja-kerja rumah tanggunjawab isteri seratus peratus. Padahal dalam Islam, tidak ada hukum isteri wajib melakukan kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaiknya akan dijamin syurga. Itu sahaja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja rumah yang mereka lakukan.

6) Isteri juga manusia
Mereka ialah golongan wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka redha dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun, jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.

7) Ingat tarikh penting
Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Cukup sekadar seutas jam atau sehelai tudung. Jika ‘budget’ anda tidak mencukupi, memadai sekuntum bunga dan sekeping kad.

8) Bantu ringankan tugas isteri
Suami perlu turun padang membantu isteri jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak,membasuh dan mengemas rumah. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk, cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan anda masak. Tentu dia gembira dan tersenyum.

9) Bawa isteri berehat
Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri kebebasan baginya kerana isteri tidak dapat menghidu apakah dilakukan di belakangnya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat peranginan.

10) Ciuman khas untuk isteri
Cuba tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat selepas penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isterinya.

Perasaan ??

Cakap pasal perasaan nie...cam2 perasaan kita ada yg Allah swt anugerahkan pada kita..
ada suka,duka,sedih,gembira,riak,bongkak,kecewa dan lain2...
Aku skang merasai perasaan yg mengundang sakit mental aku...
Aku rasa nk angin jer....nak marah...sensitif...kadang lebih suka diam..senyap..dan rasai cam jasad tak berhidup..roh jer berjalan2...Masalah yg tak habis2...dtg....coz aku sendiri pk mslh itu...hehe!!
Apa aku nak cakap nie...melalut jer...YERRR...hubby pun ckp aku suka melalut bukan2...


*** frustnye dtg bulan....sedikit kecewa :-( ****

Saturday, August 22, 2009

Hari pertama berpuasa ??

Hari pertama berpuasa :

~~ sebagai seorang isteri
~~ berdua dengan suami
~~ rasa bahagianyaaaa...dpt g terawih sama-sama
~~ kul 4 suku je dh turun tolong mak mertua hidang2 n panaskan lauk..
~~ buka posa pun camtu gak tolong2 apa yg patut...
~~ walaupun penat giler...yela keje lagi..n sebagainya...gagahkan juga la mengemas umah.mana
taknya aritu g lumut pastu balik johor....memang takde masa nak kemas2 umah nie...
~~ mujur hubby faham...tolong basuh baju..kadang2 klu tak sempat dia gak la sidai n angkat
baju..tq la sayang..baru la ada skit ciri2 suami mithali..heheheh!!(bengang dia klu aku ckp
cmni).

k la...aku arini tibe2 pening...hubby dr mlm td pun pening.pening berjangkit ??ada ke...??
Adios..

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Di kesempatan ini ...saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa..kepada
pembaca2 blog saya..tak kira siapa anda...
**********
Apepun saya telah mohon maaf pada Dia yg amat membenci saya...dan memaafkan nya juga..Saya tak harapkan pohon maaf dari nya kepada saya...kerana saya tau dia akan mendelete saya sampai mati...
Apapun terpulang....new book always open every day by me.
it's time to human change...to be better n better..I hope Allah swt always care about my life..n give me time to do my best in my life..
Adios...