Thursday, December 30, 2010

~ Nyum..nyum..Alya makan~

Salam,
Alya dh leh makan dah..So what???hahhaa.saje nk bgtau semua org..je.Tp aku tak excited plak dia makan.
Sebab aku pening nk bg dia makan apa.Macam takutnya nk sumbat makanan.Rasa nk bg dia bf je.Alya plak memang suka menyusu..siap buat bunyi cam mengah..Aku rasa klu bg bf lagi best..sebab best tgk dia minum susu.Walaupun agak main2..guling2 pastu dtg balik minum.hahhaha!!
Aku dh bg dia puri carrot..habis 2 kiub.Pastu bg labu 2 kiub..ada baki 2 sudu camtu.Pastu brokoli..yg ni 5 suap je.Masa bg labu tu aku cuti.MIL plak naik tgk Alya masa aku tgh bg Alya makan.Terkejut gak coz aku bg Alya makan labu.Kaw2 aku blender.Siap tanya mak aku pernah bg ke camtu.Aku ckp aku tak pasti plak.Tp aku bg je Alya.
Balik umah mak aku..aku tanya la..rupanya memang mak aku bg pun.huhuhu!!selamat.Masa injection 6 bulan ada gak aku tanya doc boleh ke bg puri.Dia kata yg Heinz tu ke.Dia ckp boleh.Tp aku ckp kat doc tu,saya x bg yg segera tu.Sy buat sendiri..blend pastu buh dlm tray ice.Doc cakap bagus..pandai kamu,,Hehehe!!kembang semangkuk kena puji.
Aku suka doc fauziah ni..lawa..pastu bnyakla bg nasihat dr awal peknen sampai skg.Sokong penyusuan 100%.Tu yg aku semangat tu dan ikut ckp doc.Orang lain ckp aku bangkang.
Aku ni bukan la nk berlagak sgt pun..tp aku memang suka membaca..Majalah PAMA tiap2 bulan aku beli.Sambil keje aku dok baca blog org pasal parenting la itu la ni la..so ilmu tu aku pratikkan la.SEMUA
DIHUJUNG JARI..
Masa ni sedar sikit nape la family aku bising suh blaja..blaja..blaja..kan.Kalau tak blaja..mula la jadi katak bwh tempurung..ikut budaya org lama-lama.heheheh!!

Thursday, December 23, 2010

~ Alya meragam~

Salam,

Salam pagi di hari Jumaat..Anyway,nk citer pasal budak tomey Alya  Adriana ni..
Mlm td nape tah bis learning time kul12mlm td..Alya mengamuk giler.Waaa..ini budak dh pandai mengamuk oooo..Salin pampers berguling2..Adake nk main pampers baru tu..Bile amik..melalak tak ingat.Cepat2 aku pujuk coz takutla semua naik atas tgk apahal la alya ni kan.hehehe!!
Bg susu x nak..merajuk latu.Tp aku sumbat gak..last2 minum.Tp mulut masih membebel sambil ngis.Papa alya dh gelak..kelakar.Sambil aku menyusu ,papa alya buhla minyak yuyi kat perut..kat kaki.Ok fine,dia diam dan gumbira plak mlm2 ni.Adehhh..ngantuk ni alya.
Dia nak pusing2 satu katil tu..asal aku alih dia mengamuk.Camne nak tido nie..zikir2 n baca buku cerita baru dia ok dan terlelap..kat kul2 pagi gakla tido.Pastu 3.30pg aku terjaga dia nangis kaw2..tp mata tutup.Pujuk2..ok balik..ZZzzzz..Pap!!4.30pg plak dia nangis..adoiii..selang sejam.Sampai 1 badan aku naik sakit..pening n ting tong..Papa dia sedap je tido..huhuu!!
Before nk g keje td..dia leh terjaga plak..sempatla menyusu kan Alya.Dia saje lambat2 minum..jap2 lepaskan nenen & sengih.Pastu minum balik..Nak kena puji2 dulu baru la dia kenyang dan lepaskan aku..
Jadi hari ni ke opis dgn ngantuknya..

Tuesday, December 21, 2010

~ Susu BioLac dan Growell~

Salam,
Ketika entry ini dipostkan.Alya sekarang 5bulan lebih.Lately nie,Alya minum susu amat kuat dalam 20++oz sehari.Habis licin susu EBM aku.Adoi..hari nie pam baru dpt 3 botol kat opis.Maknanya gigihlah diri ni nak pum 3 botol lagi untuk esok.Last2 dan berat hatinya aku terpaksa campur gak.Jadi stanby kan susu biolac brand era edar.Dulu masa peknen amik Salindah.So,continue product dia la.Tp stok ebm aku tetap bekalkan kat MIL.
Alya plak dh start mkn 5bulan 2 week.MIL bg Alya makan tepung beras.So far ok je Alya makan.Bajet nk bg dia makan 6bulan.Tp tau2 je Alya dh mkn.Adoii..nak buat camne..(wlupun rasa bersalah)..tp Alya ni nak makan je keje.So,dr bg tepung beras yg tak de nutrien tu..(ceh..pandai2 je aku)..Aku beli lg satu produk era edar iaitu Growell.Growell ni leh makan dr umur 4bulan.Jom tengok apa yg ada kat Growell nie..



Makanan bijirin beras dan melukut, ditambah garamtisu biokimia. Amat baik untuk bayi dan kanak-kanak berumur 3~ 12 bulan. 
  
GROWELL menolong penghadaman dan menambah selera, menjauhkan kembung perut, sembelit dan ragam tangis, menyenyakkan tidur, membantu membina darah, tulang, gigi, menguatkan otot dan sendi, menghindarkan penyakit kulit dan membantu perkembangan akal yang cerdas. 

 Biolac :
 
Merupakan serbuk susu dari susu yang dipasteur, mengandungi kombinasi garam tisu Biokimia yang diformulasikan oleh Prof. Dr. Azizan Ismail.


Keistimewaan tambahan garam tisu biokimia:
  • Kesuburan, pertumbuhan dan pengembangan fizikal, emosi dan mental
  • Kecergasan dan kecerdasan
  • Mencegah gangguan kesihatan, demam, selesema, batuk dan ruam
  • Menyihatkan kulit dan rambut, menguatkan tulang dan gigi
  • Membuang bahan toksid dalam badan
  • Membaiki penghadaman, pencernaan dan perkumuhan
  • Mengurangkan ragam tangis dan memudahkan penjagaan













Monday, December 20, 2010

Bahasa Bayi! Adakah Benar Bayi Berkomunikasi Melalui Tangisan?

Biasanya, setiap kali bila bayi menangis, ibunya akan terus menyusukannya. Sebenarnya, lapar bukanlah satu-satunya sebab bayi menangis. Selain dari lapar, bayi akan menangis bila menghadapi keadaan-keadaan seperti penat, kembung perut, tidak selesa, perlu sendawa dan beberapa sebab lagi.


Seorang ibu mendakwa bahawa beliau boleh berkomunikasi dengan bayinya dan faham apa kehendak-kehendak si comel bila mereka menangis. Pendek kata, beliau boleh faham 'bahasa bayi'.
Dengan meneliti bunyi tangisan bayi, beliau boleh bezakan sama ada bayi tersebut, penat, letih, tidak selesa, perlu sendawa atau sebab-sebab lain.

Jika seseorang ibu itu faham sebab-sebab bayi menangis, tidak akan timbul masalah bayi tersebut menangis berpanjangan kerana apabila kehendak bayi itu dipenuhi, sudah pasti dia akan berhenti menangis.

Menurut ibu tersebut, tangisan bayi bukanlah satu bunyi yang dihasilkan secara rawak, tetapi ia adalah satu bentuk komunikasi oleh bayi bagi menyampaikan keinginan mereka.

Tangisan adalah merupakan 'bahasa universal' bagi bayi. Buktinya, teknik yang digunakan oleh si ibu ini telah diuji oleh lebih dari 1000 bayi dari 30+ bangsa seluruh dunia.

9 daripada 10 ibu-ibu memberikan respons yang positif terhadap teknik ini.
70% ibu-ibu melaporkan bahawa mereka lebih yakin dan selesa setelah berjaya mengenalpasti teknik ini.
2 daripada 3 bapa melaporkan bahawa tekanan emosi yang mereka hadapi berkurangan dan hubungan rumahtangga yang lebih harmoni.
Anda tak percaya?
Salah seorang dari ibu tersebut telah membuktikan fakta ini dengan menggunakan rakaman video anaknya sendiri.
 Nak tengok? KLIK SINI.